TOSHIBA AW-B1000GM WASHER TL 9.0KG CIRCULAR AIR INTAKE
Mesin Basuh Yang Tahan Lama
Ya betul...Mesin basuh saya dah gunakan lebih 10 tahun dan jenama ini tidak pernah menghampakan saya. mula mula saya beli keadaan elok, berkilat dan cantik rupanya. Kini masih seperti dahulu rupanya tidak berubah. ketahana mesin basuh membuatkan saya percaya akan mesin basuh. Kalau kawan saya selalu tanya mesin basuh jenama apa yang paling tahan setakat ini? saya akan jenama Toshiba. kerana saya telah gunakan lebih daripada 10 tahun dan dia tidak pernah memberi masalah kepada kehidupan saya. Barang pakaian walau berat sekalipun dia tetap akan membasuhnya dengan bersih sekali. Penggunaan yang efisyen membuat bill elektrik tidak apabila menggunakan mesin basuh ini. Pengeringannya yang optimum membuatkan baju kita cepat kering akibat. jadi letakkan mesin basuh dalam rating 5 star kerana saya percaya dengan jenama Toshiba.
F&N 100 Plus
100plus minuman isotonik no 1
100plus sentiasa menjadi pilihan kemana sahaja saya berada. Di kedai mamak pun saya memilih untuk memesan air 100plus kerana rasanya melegakan dan sedap. Setelah melakukan senaman di gym saya sering minum air100 plus itu menghidrat semula badan saya yang telah hilang tenaganya setelah bersenam di gym. Apabila rakan saya mengajak untuk bermain badminton bersamanya, saya sering membekalkan air 100 plus bersama saya kemana sahaja saya berada. Dan air 100plus menjadi pilihan untuk saya berbuka puasa ketika bulan puasa kerana ia dapat menghidarasi semula badan saya setelah seharian berpuasa. Air 100plus mempunyai rasanya yang tersendiri dan sedap ketika apa apa sahaja suasana. sebab itulah saya memilih 100plus minuman isotonik no 1 saya.
UHU Stic Glue Stick Solvent Free
Penyelamat Segala Masalah
Apabila saya di sekolah, cikgu saya sering memberikan tugasan kepada saya untuk melekatkan keratan surat khabar di halaman buku tulis saya. Saya sentiasa membekalkan glue uhu stick ini ke sekolah kerana ia amat mudah di bawa dan senang untuk digunakan. Gam ini juga cepat kering. Apabila terlambat untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu saya, saya sering mengunakan uhu glue stick kerana ianya dijamin melekat dalam hanya beberapa saat sahaja. Tidak seperti gam air. Gam uhu bersifat stick dan tidak membahayakan untuk anak kecil menggunakannya. Saya rasa selamat untuk menggunakan bersama adik saya untuk menyiapakan tugasannya kerana gam uhu glue stick tidak mengangdungi barang merbahaya.
Eagle Balsem Gosok
Mudah Dan Melegakan
Saya dan ayah adalah sering menggunakan Eagle Balsem Gosok ketika mengalami kesakitan di bahagian lutut dan bahagian bahu. Ia mampu menghilangkan rasa sakit dalam sekelip mata sahaja. Setelah disapu berulang kali di bahagian yang sakit tersebut, sakit lutut atau sakit belakang mula merasa baik semula. Lama kelamaan sakit lutut kami berdua mula semula. Rasanya yang panas apabila disapu dibahagian lutut itu mampu mehilangkan rasa kesakitan yang berpanjangan. Sekarang ayah mula melakukan aktiviti sehariannya dengan senang tanpa rasa sakit lagi setelah menggunakan Eagle Balsem Gosok Ini
Wall’s Solero Split
Sesedap Rasa dan Harga
Ice Cream yang memenuhi citarasa semua jenis penggemar ice cream. Rasanya yang masam manis membuatkan ramai yang terliur melihatnya. Sesuai dengan namanya solero, ice cream ini merupakan ice cream yang paling berselera pernah saya rasai. Harga nya yg murah dan mudah didapati dimana mana sahaja menjadikan ice cream ini sebagai salah satu ice cream kegemaran saya. Akhir kata, Kalau ada ikan di laut, boleh kita pergi mengail, kalau ada ice cream solero, boleh kita makan bersamanya.
Axion Lemon
Axion Lemon yang wangi
Wangian lemonnya yang harum membuatkan axion menjadi pilihan utama saya. Bila saya menggunakannya untuk mencuci pinggan, pinggan saya berbau haruman lemon seperti lemon itu melekat di pinggan itu. saya suka menggunakan axion lemon kerana pastenya yang keras membuatkannya lama dipakai dan tidak mudah cepat habis. Buihnya yang cukup-cukup sederhana membuatkan gelas kita berkilat bila menggunakan axion. Axion merupakan jenama yang dipercayai sejak turun temurun. Daripada nenek saya lagi, axion adalah pilihan utama untuk membasuh pingannya. ketika majlis keramaian atau majlis perkahwinan, axion menjadi pilihan kami untuk membasuh pinggan.