Sensodyne Repair & Protect
Sensodyne Berkesan!
Selepas menggunakan Sensodyne Repair & Protect, rasa sakit dan ngilu pada gigi saya berkurangan. Sekarang saya bebas minum minuman sejuk dan makan makanan kegemaran saya. Selain daripada itu, ia juga dapat memberi nafas yang segar dengan mengamalkan penggunaan Sensodyne 2 kali sehari.
ABBOTT CG210 Hair & Scalp Essence For Men
CG210 Hair and Scalp Essence (Men) berkesan!
CG 210 Hair and Scalp Essence Men berkesan mengurangkan keguguran rambut, meningkatkan kesihatan rambut dan memperkukuhkan ketebalan rambut suami saya. Selain itu, produk ini juga mempunyai haruman yang memang sesuai untuk kaum lelaki..
LIPICE Sheer Color 2
LipIce Sheer Color pilihan saya!
Saya suka dengan warna bibir yang natural dan wajah kelihatan ceria selepas menggunakan LipIce Sheer Color. Bibir terasa lembap dan halus serta tidak mudah mengelupas walaupun berada di bilik yang berhawa dingin sepanjang hari.
Maybelline Clear Smooth BB Cream Fresh
BB cream saya yang pertama..
Merupakan BB cream pertama yang telah saya cuba. Mudah disapu rata ke kulit muka. Selepas penggunaannya, muka kelihatan halus dan ringan tetapi T-zon akan terasa berminyak selepas 5 jam.
Listerine Mouthwash Coolmint
Nafas segar dengan Listerine Mouthwash Coolmint
Listerine Mouthwash Coolmint dapat mengurangkan risiko kerosakkan gigi dan saya lebih berkeyakinan selepas menggunakannya kerana ia dapat menghilangkan bau mulut dan memberi nafas yang segar.
Yakult Health Drink
Yakult pilihan anak-anak saya!
Yakult minuman kultur yang amat digemari oleh anak-anak saya. Ia mempunyai rasa yang sedap, mudah disimpan dan dibawa kerana alat penyedutnya yang sentiasa dilekat bersama botol Yakult.
Betadine Gargle And Mouth Wash
Betadine berkesan!
Saya mengguna Betadine Gargle & Mouth Wash semasa mengandung anak kedua kerana kerap sakit tekak.. Ia berkesan untuk mengurangkan rasa sakit tekak..cuma bagi saya yang mempunyai morning sickness pada masa itu amat tidak menyukai baunya..
Oliferin Antholive
Oliferin Antholive dengan Vit-C, Prebiotik & Probiotiks
Anak saya tidak suka dengan rasa Oliferin Antholive. Produk ini tanpa gula, tiada pengawet dan warna tambahan. Maka ia tidak mempunyai rasa manis dan boleh diminum bersama jus buah untuk rasa yang lebih enak. Dipek dalam bentuk paket-paket kecil, mudah dibawa ke mana-mana.
Libresse Night Maxi Wings And Wider Protection Secure
Bergerak bebas dengan Libresse
Sejak menggunakan Libresse Night Maxi Wings and Wider Protection Secure, tiada lagi kebocoran di waktu malam dan saya bebas bergerak aktif serta terasa kering sepanjang masa..
DIAPEX Wonder Pants Diapers
Diapex Wonder Pants Diapers pilihan No. 1
Setelah mencuba pelbagai jenama, akhirnya saya telah menjumpai Diapex Wonder Pants Diapers. Diapex Wonder Pants Diapers tahan bocor dan penyerapannya sangat baik. Kulit anak saya sentiasa kering dan rasa selesa..
Drapolene Cream
Drapolene cream memang berkesan!
Drapolene cream sangat berkesan untuk memulihkan ruam lampin pada bayi. Anak saya sudah berusia 1 tahun 6 bulan, saya masih menggunakannya setiap kali menukar pampers bagi mengelak ruam lampin..
Kodomo Lion Toothpaste
Semestinya Kodomo Lion pilihan untuk anak- anak
Saya mempunyai 3 orang anak, mereka suka berus gigi setiap hari dengan menggunakan ubat gigi Kodomo Lion yang mempunyai perisa buah-buahan. Sebagai seorang ibu, saya memilih Kodomo Lion kerana ia mengandungi Fluorida dan Xylitol yang dapat mengelak pembentukkan kaviti gigi.
Simple Moisturizing Facial Wash
Pilihan saya dan suami untuk kulit wajah yang sihat
Saya dan suami berkongsi menggunakan Simple Moisturizing Facial Wash selama 7 tahun. Ia amat sesuai dengan kulit muka kami yang sensitif kerana pencuci muka ini 100% bebas sabun, tanpa pewangi dan warna yang boleh merengsa kulit.
Combi Baby Mug
CombiMug Baby Mug
Rekaan CombiMug Baby Mug yang unik sangat membantu bayi dalam proses melatih memegang dan belajar minum dari mug sendiri. Ia juga dicipta dengan rekaan anti bocor dan bebas BPA. Anak saya lebih gemar minum air dan susu sejak menggunakan mug ini.