Avent Bottle Natural 260ML/9oz
sangat lasak
saya telah menggunakan bottle avent sudah lama dan sangat berpuas hati dengan kualitinya. ia sangat lasak dan sangat mudah untuk dicuci. ia juga merupakan sangat sesuai untuk train anak menyusu menggunakan botol. ia juga selamat kerana bebas bpa.
Sudocrem
sangat berkesan
anak saya sering mengalami masalah ruam lampin yang agak teruk tetapi setelah saya menggunakan sudocream kepadanya masalah ruam lampin bayi semakin baik. saya gembira melihat anak gembira tanpa perlu menahan pedih akibat ruam lampin lagi. saya sangat mengesyorkan kepada para ibu di luar sana.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
sesuai untuk kulit bayi
baby wipes pureen sangat bagus dan sesuai untuk bayi kerana ia sangat lembut dan sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif. ia tidak menyebabkan kerengsangan dan kesan merah pada kulit bayi. ia jug bebas wangian dan paraben.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
sangat selesa
saya agak berpuas hati dengan produk drypers weewee dry kerana senpanjang penggunaan drypers kepada anak saya tidak berlaku kebocoran walaupun baby tidur agak lasak. ia juga memberi keselesaan ke pada anak saya samaada malam atau siang.
Pureen Short Sleeved Vest
sangat selesa
baju ini sangat selesa dan mudah untuk dipakai kerana mempunyai butang pada bahagian hadapan. ia juga mampu memnyerap peluh dan sangat sesuai dengan cuaca malaysia yang agak panas. ia tidak berbulu dan memeri walaupun telah dibasuh beberapa kali.
Johnson’s® Baby Oil
mengekalkan rambut bayi sentiasa sihat
saya sangat mengesyorkan johnsons baby oil ini kerana ia sangat bagus dan dapat mengekalkan rambut bayi sentiasa sihat serta lembut. saya juga sering menggunakan baby oil ini untuk melakukan urutan pada bayi. saya sangat suka baby oil johnsons kerana ia tidak terlalu berminyak dan melekat di tangan
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
bau yang sangat menyenangkan
saya telah menggunakan johnsons baby top to toe wash sejak anak saya yang pertama. ap yang saya suka tentang ia ialah ia mempunyai bau yang sangat menyenangkan hatta menggunakan dalam amaun yang sedikit ia mampu membuat anak saya masih wangi. ia juga tidak memedihkan mata serta sangat menjimatkan.
My Dear Baby Spring Cot Frame
sangat membantu dan selamat
Dengan adanya spring cot my dear saya tak perlu risau berbanding separa kot. Anak saya dapat tidur dengan nyenyak dan selamat kerana ia lebih kukuh. ia juga sangat membantu saya dalam masa yangsama dapat memberikan saya waktu untuk membuat kerja lain.
Lactacyd Feminine Hygiene Revitalize
sangat berbaloi
Lactacyd feminine hygiene wash memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada saya. Ia sangat sesuai untuk digunakan semua wanita kerana ia tidak mengeringkan kulit malah akan menjadikan bahagian intim kita sentiasa segar dan harum.Ia mengelakkan daripada bau yang tidak diingini. Ia juga mampu menghilangkan rasa gatal serta harganya sangat murah dan walaupun botolnya yang kecil tetapi mampu tahan lama. Saya sangat suka menggunakannya.
DOVE Shower Beauty Moisture
mandian kegemaran saya
Saya sangat sangat menyukai dove shower beauty moisture kerana baunya yang sangat wangi dan menenangkan. Ia juga tidak menyebabkan kulit saya kering dan kasar malah melembutkan lagi kulit saya selepas menggunakannya. Ia juga mengekalkan kelembapan kulit saya sepanjang hari dan menyebabkan saya sangat selesa melakukan aktiviti saya. Saya sangat mengesyorkan dove shower beauty moisture.
Heinz Banana Biscotti
heinz banana
heinz banana biskut merupakan snack pertama anak saya setelah mencapai umur 7 bulan. pada permulaannya bayi saya sangat gemarkan ia tetapi setelah bberapa minggu bayi semakin kurang. ia juga menyebabkan bayi agak comot dan rasanya agak terlalu manis.