Ajax Lavender Fresh Antibacterial
Boleh digunakan di pelbagai ruang dan sudut.
Ajax Fabuloso sangat mudah untuk digunakan kerana ia boleh digunakan di pelbagai ruang seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, bilik mandi dan tingkap. Ia juga mudah digunakan dalam menanggalkan kotoran-kotoran degil. Haruman yang ada juga sangat menenangkan selepas digunakan. Selain itu, ia sangat menjimatkan kerana setitik saja dapat mengharumkan seluruh kediaman. Terima kasih Ajax Fabuloso. Jenama kegemaran keluarga.
ANTABAX Antibacterial Shower Cream
Harum dan menyegarkan
Shower cream yang sangat harum dan menyegarkan. Saya menggunakan antabax sejak zaman sekolah lagi sehingga kini. Sangat sesuai bagi mereka yang aktif dalam aktiviti luar, terutama sukan. Shower cream ni bukan saja membersikan tubuh badan kita dari kotoran tetapi ia mempunyai haruman ia tahan lama. Selepas mandi, ia juga memberi kesegaran kepada saya untuk melakukan kerja-kerja lain.
Gardenia Original Classic
Pilihan nombor 1 dalam pelbagai lapisan komuniti
Sejak dari zaman muda ibu bapa saya sehingga kini, Roti Gardenia memang menjadi pilihan nombor 1 dalam keluarga kami. Roti Gardenia sememangnya sesuai dimakan begitu saja, sesuai dengan tagline produk ini yang selalu diiklankan oleh pihak syarikat produk ini. Ia sangat lembut. Bukan saja seisi keluarga saya yang meminati Roti Gardenia, bahkan tetamu yang datang ke rumah kami pun meminatinya, tak kisahlah tetamu tu dari dalam negara mahupun luar negara. Roti Gardenia sememangnya dikenali di merata dunia.
Naturel Blend Cooking Oil
Sihat dan sesuai digunakan dalam masakan
Produk ini bukan saja baik dikonsumsi tetapi ia sangat sesuai digunakan dalam masakan terutama dalam penyediaan juadah keluarga. Saya sering menggunakan produk ini dalam menghasilkan pelbagai jenis juadah yang lazat dan baik untuk kesihatan. Sesuai digunakan untuk seisi keluarga.
Blue Key Self Raising Flour
Terbaik
Produk ini telah banyak membantu saya dalam menghasilkan dessert yang lazat dan enak. Kualiti pun bagus. Terima kasih blue key.
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Best product
Produk ini bukan saja membantu mengurangkan kelemumur di kepala, tetapi ia juga memberikan haruman kepada rambut saya. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan mudah dimiliki. Produk ini juga mudah untuk mendapatkannya, di kedai runcit , supermarket, kedai retail, online shopping pun boleh juga seperti di Lazada.