Hisense 32″ HD LED TV 32M2160P
antara yg berkualiti dan termurah
saya mempunyai konsol ps4 yang dijadikan teman pengisi masa lapang. setelah tv sebelum ini tiba-tiba rosak, saya terpaksa mencari tv baru dengan bajet yang limited. setelah mendengar rekomendasi kawan-kawan, mereka mengesyorkan untuk membeli tv hisense ini. setakat ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi tv hisense ini.
F&N High Calcium Sweetened Creamer
teh tarik menarik!
bila menggunakan susu pekat F&N teh tarik terasa lebih sedap dan lebih buih. ianya lebih pekat jika dibanding dengan menggunakan susu jenama lain. setakat ini, susu pekat F&N menjadi pilihan keluarha saya.
Panasonic Rice Cooker SR-E18FA-S
murah dan berkualiti
jika sebelum ini nasi yang dimasak mudah basi dan terpaksa menunggu lama untuk masak tapi setelah saya bertukar kepada periuk nasi panasonic ini rasa sangat puas hati. nasi yang dimasak lembut dan kurang berkerak. kalau dibiarkan pun untuk dimakan keesokkan hari juga nasi tidak menjadi basi. sangat puas hati. value for your money.
Ramly Beef Burger
cuti sekolah
siapa tak kenal burger ramly. semua orang kenal. bahkan anak saya disekolah rendah juga kenal dan sangat meminati pati daging ramly. jadi cuti sekolah yang akan datang nanti. dia dah siap-siap ingatkan saya supaya sertakan burger daging ramly sebagai menu untuk bekal dia dirumah.
King Cup Brand Mackerel In Tomato Sauce
nasi goreng sardin
selalu kalau masak sardin, saya akan pilih sardin king cup macarel sebab saiz ikannya yang besar dan sosnya yg pekat. keluarga kecil 3 orang selalunya kalau makan sardin satu tin memang tidak pernah habis sekali makan. jadi selalunya baki ikan sardin tersebut saya akan hancurkan dan dijadikan bahan dalam nasi goreng. cuba lah memang terangkat!
Ayam Brand Tuna Mayonnaise
pantas dan mudah
saya sering sibuk dan tiada masa membuat sarapan pagi untuk anak-anak. tapi dengan ayam brand tuna mayonis, hanya 2 minit diperlukan untuk memberi anak-anak saya sarapan yang sedap bagi memulakan hari mereka. Sangat memudahkan!
Power OCM -1B(L) Sports Shoes
ringan dan tahan lasak
saya sangat mengesyorkan kasut jenama power ini untuk dijadikan kasut jogging dan larian anda. jika selama ini saya selalu memilih kasut dari jenama-jenama terkenal, namun setelah membeli kasut ini, ia terasa lebih ringan dan sangat tahan lasak.