Gardenia Original Classic
Roti kegemaran keluarga
Menu roti ini wajib bagi kami seisi keluarga. Tidak kira waktu dan ketika jika ingin menjamu selera dengan roti gardenia. Pelbagai menu boleh dihasilkan dengan menggunakan roti ini. Malah, tidak sempurna sekiranya tidak mempunyai sebuku roti ini dirumah.
Kodomo Lion Toothpaste
Ubat gigi pilihan kanak-kanak
Ubat gigi ini sering digunakan dan menjadi pilihan anak. Dengan kepelbagaian perisa membuatkan anak-anak amat tertarik dengan produk ini.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Mandian sesuai untuk kanak-kanak
Produk ini menjadi kegemaran anak saya sewaktu mandi. Dengan mempunyai bau yang lembut dan wangi, ia juga menjadi shampoo pilihan kami sebagai ibu bapa. Tiada kerengsaan keatas kulit anak, malah amat sesuai untuk kanak-kanak.
Anakku Baby Wipes
Haruman semulajadi
Produk ini amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Haruman yang amat semulajadi dan tidak mengandungi pewangi membuatkan saya memilih untuk menjadikan tisu basah ini wajib digunakan oleh bayi saya.
Anakku Baby Talcum
Wangian semulajadi untuk bayi
Sejak dari lahir anak saya menggunakan bedak talkum Anakku. Kulitnya amat sesuai dengan produk ini, malahan bau bedak ini amat menyenangkan dan sangat sesuai dengan bayi.
Massimo Chiffon In A Cup
Mocha selalu dihati
Roti yang sering dibawa ke pejabat sebagai alas perut. Perisa mocha menjadi kegemaran saya keenakannya sering mengamit deria rasa untuk menikmati roti ini dengan penuh selera.