NESTLÉ Fat Free Yogurt
My kids like it very much
My kids like Nestle fat free yogurt strawberry flavor mery much. Every time I'm going to supermarket, I will not forget to buy it for my kids. Beside that not just the kids like it, me myself also love it very much.
Maggi 2 Minute Noodles
Senang di masak sedap di makan
Mee Maggi perisa kari ni memang sedap di makan seisi keluarga samada dihidangkan dengan masakan berkuah atau cara goreng. Kedua-duanya cara sedap dinikmati dicampurkan dengan telur, sayur, udang atau sotong dan lain-lain. Ia juga kegemaran anak-anak saya setiap masa. Pasti saya tidak lupa membeli mee maggi kari setiap kali membeli barang-barang keperluan dapur di pasaraya terdekat.
Gardenia Original Classic
Enak di makan macam tu aje
Roti Gardenia ni memang kegemaran saya sekeluarga. Hidangan wajib sarapan pagi bersama keluarga setiap hari boleh di makan bersama kaya atau peanut buttet atau di buat roti telur atau sandwich dan bermacam2 menu lagi dengan hanya roti gardenia sebagai asasnya. Terima kasih roti gardenia
Ramly Beef Burger
Burger daging Ramly memang sedap
Saya amat menyukai burger daging jenama Ramly kerana keenakan rasanya tetap sama tidak berubah sejak dulu lagi. Keenakan rasanya dengan dagingnya yang tebal tidak dapat ditandingi dengan jenama burger daging sejuk beku yang lain. Tetapi saya ingin memberi cadangan sekiranya di adakan semula burger daging dalam kuantiti 10 keping 70g.
Campbell’s Instant Soup Mushroom Chicken with Croutons
Soup segera kegemaran anak saya
Anak-anak saya amat menggemari sup cendawan apabila setiap kali kami mengunjungi kedai makanan segera yang terkenal. Demi memenuhi kegemaran anak-anak saya, saya telah membeli 'Campbell's instant soup mushroom chicken with croutons' di pasaraya terdekat dan ingin mencubanya sendiri. Ternyata anak-anak saya menyukai malah mereka mengatakan ianya lebih sedap berbanding dengan mushroom soup sebelum ini yang mereka pernah rasa. Dengan keenakan rasanya beserta cebisan roti bakar ranggup amat membangkit selera makan. Saya amat syorkan pada penggemar sup cendawan untuk mencuba 'Campbell's instant soup mushroom chicken with croutons'. Ianya memang terbaik.
Nestle Koko Crunch
Pilihan utama sarapan kanak-kanak
Anak-anak saya amat menyukai sarapan Nestle Koko Krunch sebelum pergi ke sekolah. Setiap kali saya membeli belah barangan keperluan dapur, semestinya saya turut membeli Nestle Koko Krunch untuk anak-anak saya. Sajian ini enak di makan bersama susu segar di samping mengenyangkan ia juga berkhasiat.