Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
2 in 1 baby hair & body wash
Saya sangat sukakan baby wash carrie junior kerana baunya sangat wangi dan segar. Anak juga sangat sukakan gambar kartun gajah yang membuatkan anak saya sangat teruja apabila masa untuk mandi. Harganya juga sangat berpatutan dan murah berbaloi dengan kualitinya. Ia sangat menjimatkan kerana dalam masa yang sama boleh digunakan juga sebagai syampu untuk anak .
MamyPoko Pants Extra Soft
MamyPoko pants Standard for My Sayang
Pampers MamyPoko pants Standard for My Sayang sgt berbaloi dari segi harga dan kualiti produk. Saya telah menggunakannya untuk anak saya sejak anak berumur bawah setahun sehingga sekarang berumur 3 tahun. Sekarang MamyPoko pants standard sudah ada design terbaru sentiasa up to date. Fabriknya sangat lembut pada kulit anak. Harga murah & berpatutan. Sangat berbaloi-baloi.
Dumex Dugroo 3 (1-3 Years)
Dugro 3 original
Anak saya mula minum susu dugro selepas tidak breastfeed lagi. Bermula umur setahun lebih sehingga sekarang berumur 3 tahun. Banyak brand yang telah dicuba tetapi anak saya tidak serasi, akhirnya saya memilih susu dugro ini untuk anak..harganya pun berpatutan, dan menjadi pilihan ramai warga ibubapa.