PetPet Disposable Baby Diaper
Pilihan saya
Sy pilih PetPet sbb harga nya agak murah. Dulu pakai drypers, tp sejak try pakaikan PetPet n anak pn serasi teruskan jela pakai. Tp 1 je x berkenan dengan pet2 ni, xleh nk bezakan Size ny, ank dua orang, 1 Size s 1 Size M, kena belek betul2 untuk kenal mana 1 Size s & M. Harap PetPet boleh buat perbezaan pada warna atau corak supaya jelas ada perbezaannya.
Fiffy Long Sleeve And Long Pant Suit (Newborn/Unisex)
Beli secara online
Masa scroll Facebook sy ternampak page fiffy buat online sale, berminat nk beli sebab hrga nya lebih murah dr butik bayi. X murah banyak sangat la, tp ada la dalam 3-4 ringgit... masa nk pilih2 baju tu, dia punya sistem aplikasi ok jugak la, mudah nk buat pilihan, mudah nak guna App... dh 2 kali membeli dari fiffy online, kualiti kainnya bagus, design pn comel2.
Safi Bio-Nutrix Shampoo with Kaffir Lime
Pilihan saya
Dulu sy pakai jenama sunsilk yg botol biru, harga agak mahal kalau x da promosi, 1 hari beli barang dapur then tengok shampoo ni tengah promosi RM 5 je 1 botol, sy pn ambil nk cuba 1. Lepas beberapa kali penggunaan sy perasan yg kepala dh x gatal teruk, kelemumur pn kurang, rambut pn x berminyak sangat kalau lambat shampoo. Memang sesuai dengan sy, x payah perapi pn rambut ok je, xkn tukar jenama lain dh. Harga sangat murah kalau ada offer, memang beli 4 5 botol untuk stok sy seorang.
Golden Cock Sesame Oil
Tak menghampakan
Sy berkahwin dengan mualaf berbangsa cina. Dalam masakan melayu setahu sy x pernah ada masakan yg menggunakan minyak bijan, tp sejak berkahwin minyak bijan ni dah tiap2 minggu ada dalam masakan, suami yg ajar letak dalam perapan ayam, masak stim ikan, dalam nasi goreng pn letak minyak bijan. Bau masakan jd wangi sangat, jd 1 rasa yg berbeza pada masakan. For those malay yg nk cuba guna minyak bijan boleh cuba jenama ni.
Knorr Pasti Sedap
Pelengkap rasa
Saya jarang gunakan penambah rasa dalam masakan. Tapi 1 hari suami bawa balik knor pasti sedap ni dr rumah mertua katanya mama dapat banyak percuma belian planta. 1 hari saya masak kari ikan, dh siap masak dh tutup api sy teringat nk letak sikit knor cukup rasa, bila rasa balik terus kari sy berubah rasa, rasa sedap sangat perfect x tau nk cakap macam mana yg pasti suami memuji2 n tambah nasi 3 kali. Sy memang recommend knorr cukup rasa, xnk tukar jenama lain takut x menepati selera nanti.
Dutch Lady Pasteurised Milk
Selalu beli
Sy selalu beli jenama dutch lady sbb senang jumpa kata mana2 pn slalu ada jual. Selalu beli time promosi, kalau harga bawah 5 ringgit memang kena borong, kt rumah jarang putus stok susu. Kalau pek 1 liter habis sy minum pulak susu kotak anak yg 200ml tu. Anak pn suka susu dutch lady lepas wean off susu badan.