Nescafe Cans
Nescafe untuk semua
Terus terang, saya bukanlah penggemar nescafe secara amnya. Tapi, bila kawan saya asyik beli nescafe ni apatah lagi yang mocha tu, saya pun teringin untuk cuba. First time, saya rasa nescafe ni sangat sedap dan tak pahit langsung. Sesuai untuk diminum bila-bila masa sahaja. Paling best untuk minum nescafe ni bila time panas, ambil nescafe yang sejuk ni. Umphh..nikmatnya. Sampai sekarang, saya penggemar nescafe dalam tin ni especially yang mocha (tin warna ungu) dan ice (tin warna biru). Sekali cuba, nak beli lagi!
Adabi Tepung Cucur Lemak
Mudah, ringkas, dan lazat
Sememangnya adabi tidak menghampakan kerana menyediakan pelbagai jenis tepung yang boleh jadi pilihan untuk masyarakat, terutama saya yang suka sangat memasak. Jadi, saya boleh mempelbagaikan juadah minum petang saya sebab ada banyak pilihan jenis tepung untuk buat cucur . Paling saya suka ialah cucur lemak manis. Ranggup, cepat, dan tak payah nak tunggu masa yang lama untuk masak.
Listerine Mouthwash Coolmint
Tidak perlu risau lagi
Kadang-kadang, lepas dah cuci gigi mesti tetiba nak makan makanan yang manis. Nasib baik ada listerine untuk menjamin pengurangan bakteria dengan lebih baik. Kita pun tak tahu samaada cara kita verus gigi tu okay atau tak. Jadi, kalau rasa nak 'double protection' untuk gigi tu, elok sangatlah untuk pakai listerine ni. Lagi satu, bila pakai ni mulut akan rasa fresh, tak berbau, sejuk pada mulut dan paling penting, gigi pun sihat. Anda perlu listerine ni sekurang-kurangnya sebotol di rumah.