MAGGI® 2-Minute Noodles Asam Laksa
Maggi asam laksa penyelamat ketika kering
Maggi ini selalu menjadi penyelamat ketika tiada duit poket dan kering di hujung bulan. Rasanya yang sedikit masam sememangnya menambah selera bagi saya dan mungkin sesiapa sahaja yang menikmati maggi asam lalsa ini.
MAGGI® Tomato Ketchup
Maggi sos tomato
Sos maggi tomato ni saya selalu gunakan untuk memasak sambal khususnya sambal kegemaran saya iaitu sambal ikan dan ayam. Rasa sos ini yang sedikit masam disebabkan ia adalah berasaskan tomato menambah aroma dan keenakan dalam masakan. Dan ia sangat sedap berbanding sos tomato yang bukan jenama Maggi sendiri.
MAGGI® Chicken Stock Cube
Pati pelbagai guna
Kiub pati yang wajib ada dalam setiap masakan yang berasaskan sup serta ayam. Tidak perlu tambah sebarang perasa seperti gula atau garam jika sudah menggunakan kiub ini. Kadang-kadang selalu guna kiub ini untuk masak nasi goreng. Terbaik!
Mamee Mister Potato
Review tentang mister potato
Saya akan membeli mister potato seminggu sekali untuk menikmati snek yang enak ini dan saya akan makan sedikit demi sedikit sehingga habis dan baru membeli mister potato yang baru di minggu yang seterusnya. Ia sememangnya pilihan setiap rakyat di Malaysia!
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kicap habhal pilihan keluarga
Kicap habhal's manis ini sememangnya menjadi pilihan keluarga saya berbanding kicap masin kerana rasanya yang sangat sedap dan sesuai digunakan dalam masakan yang berasaskan kicap. Boleh juga digunakan ketika memakan makanan sup seperti bakso dan soto