Maybelline Lip And Eye Makeup Remover
Let’s Freedom Your Skin!
Actually saya baru guna make up remover from Maybelline since ada sale kat Guardian 50% off. Before this memang tak pernah beli make up remover. And yah, for the first trying...this product really friendly with my skin since i have scar on my face. Senang nk remove make up, tak payah tonyoh kuat. And paling best, lepas pakai remover rasa kulit lembut dan lembab.
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Sah, anda hamil!
Setiap kali saya lewat datang bulan, saya akan beli stripe untuk membuat ujian kehamilan sendiri. Tp sering kali saya ragu-ragu walaupun double line. Selepas menggunakan stripe, saya pastikan akan membeli ClearBlue di farmasi untuk memastikan sama ada positif atau negatif. ClearBlue memang tidak menghampakan kerana selalu memberi keputusan yang tepat! Walaupun harga agak mahal sedikit, tetapi berbaloi untuk menguji ketepatan keputusan kehamilan
Vitagen Less Sugar
Vitagen Sesuai untuk Seisi Keluarga
Minuman Vitagen menjadi minuman rasmi dalam rumah kami. Setiap hari, satu botol harus diminum untuk sistem penghadaman yang baik. Pelbagai perisa sudah kami rasa. Ianya sedap! Less sugar sesuai dengan kanak-kanak dan mereka juga menggemarinya.
Gardenia Original Classic
Sarapan Pagi Pilihan Malaysia
Roti yang sangat ringan, gebu & senang dimakan begitu sahaja. Sumber karbohidrat yang dapat memberi tenaga kepada saya hanya dengan sapuan Hazelnut Chocolate Gardenia rasanya memang super sedap! Selain itu yang paing best, boleh dicuba dengan pelbagai resepi seperti sandwich, roti roll hotdog, pudding roti dan macam-macam lagi. Semestinya brand pilihan 1Malaysia!
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Manjakan kulit dengan Drypers Baby Bath
Baby bath yang sangat sesuai dengan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan wangi sepanjang masa. Wangian yang menyegarkan dan paling penting tidak memedihkan mata. Drypers Baby Bath saya sentiasa membawanya di mana jua. Anak-anak sangat sukakannya!
Drypers Drypantz
Jenama Nombor 1 Malaysia
Drypers sinonim dengan tekstur yang lembut dan penyerapan yang berganda. Sejak pakai Drypers, memang tak tukar lain dah! Anak pertama dan kedua memang pengguna tegar Drypers. Sebelum ni pernah menggunakan jenama lain, tapi tidak bersesuaian. Adakalanya kulit melecet dan asyik kebocoran. Apa yang paling menarik, saya boleh redeem point. Harga juga sangat berpatutan. Jadi bertukarlah kepada Drypers. :)
Vitagen Less Sugar
Sayangi Perut Anda!
Vitagen merupakan salah satu minuman rasmi dalam rumah kami. Setiap kali pergi ke pasaraya, kami akan grab vitagen dan simpan dalam troli. Ia bagus untuk penghadaman dan mengelakkan anak sembelit. Anak-anak saya pun sukakannya.