Diapex Soft Baby Wipes
The best wet wipes for me
Dari segi packaging mmg superb. Sbb tak perlu nak bukak pelekat, lekat balik, end up koyak or tercabut sometimes.
Tisu pon tak nipis sgt, tak tebal sgt. Senang nak guna, nak lap kotoran pon senang.
Wangi, mmg best.
Selamat, bahan bahan yang selamat, dan memandangkan anak sy eczema, tapi tisu ni tak meninggalkan sebarang kesan buruk pada kulit anak sy.
Murah pon murah n super jimat.
Dan selalu dijual dalam twinpack. Jd mmg best.
Genki Diaper Pant
Lembut dan kering.
Anak anak sy mmg pakai genki. Selesa di pinggang dan peha. Walau pon die bergetah, grab di pinggang, dan peha, nampak mcm kuat, tp sebenrnye tak ketat n sgt selesa. Sbb ad diaper pants lain meninggalkan kesan pd pinggang, dan ad juga yang longgar dipeha.
Tapi genki mmg selesa, tak bocor dan kering sentiasa. Tp jgn lupe tukar diaper baby ye 4-6 jam. Kalau malam mmg tak perlu bgn tukr. Sebelum tidur tukr siap siap, bgn pg msih kering. Jd tgh mlm tak perlu bgn tukr diaper.
Thumbs up???
Sudocrem
Good to have.
Sudocream ni mmg bagus untuk bayi. Mmg berkesan nak hilangkan ruam lampin, atau merah merah dikawasan lampim baby, kulit melecet ke, mmg boleh buat baby lega( mungkin hilangkan rasa pedih) dan cepat baik.
Lepas tu jimat, krim nya padat, tp guna sikit je. Still mcm tak luak, jd mmg berbaloi.
Dan tak risau sapu kat kulit baby. Sbb takde bahan yang merbahaya.
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Melembapkan kulit.
Lotion ni banyak membantu semasa pregnancy sy. Bila perut semakin membesar, kulit meregang, boleh rasa gatal sgt kulit perut. Jadi lotion ni membantu sy meredakan gatal gatal kulit meregang, n pedih pedih bila kulit ad rekahan.
Sebamed Children Shampoo
Best!!
Membantu masalah anak sy.
Kulit kepala kering.
Rambut kusut.
Kulit kepala masam.
Anak sy sgt aktif, kuat berpeluh, eczema, rambut kering.
Lepas guna syampu ni, lepas mnd senang nk sikat rmbut ank, lembut, dah takde kuping kuping putih kat rmbut , kulit kepala dah tak kering, kulit kepala bersih. Rambut pon wangi walau dah berpeluh. Kena mata pon tak sakit.
Mmg recommended!!!
Cuma packaging tak best sgt.byk mkn space sbb triangle gtu bentuknye.