Naturel Blend Cooking Oil
Naturel Blend Cooking Oil
Saya suka menggunakan Naturel Blend Cooking Oil dalam masakan saya terutamanya ketika menggoreng kerana produk minyak masak Naturel ini bebas kolesterol dan mengandungi omega 3 dan omega 6. Justeru, makanan bergoreng saya lebih berkhasiat dan keluarga saya dapat makan makanan yang menyihatkan. Naturel blend cooking oil sememangnya terbaik. Di sini saya menggunakannya untuk menggoreng cekodok pisang untuk minum petang saya sekeluarga.
Malaysia Toys Homemade Playdough
Palydough homemade
Anak suka sebab tema aerospace ni best ada star blink atas dough tu. Lembut senang nak bentuk, selamat sebab ada disediakan botol, lepas main boleh simpan. Banyak dough nya. Saya puas hati, anak suka main. Lepas dapat terus main, tangan pun senang nak cuci. Tak melekit sangat. Terima kasih malaysia toys!!
Malaysia Toys Playdough Rollers
Toys play dough rollers
Anak saya suka dengan rollers ni, boleh buat bentuk star, bestnya senang nak terap dan buat bentuk tu. Cuma rollers tu kalau panjang sikit lagi senang tangan nak golekkan atas dough. Semuanya okay, anak happy
BROWN Premium Baby Wipes
Brown nature premium baby wipes
Saya suka gunakan tisu ini kerana lembut, lembapan yang sederhana, dan dapat membantu saya membersihkan tangan anak selepas anak makan dan minum. Tisu ini juga mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan saya suka klip buka tutup itu, tak perlu ikat atau pin .
Bau & Co Telon Cream
Bau co telon is superb for my baby
Baunya yang menyegarkan dan saya guna untuk perut kembung baby saya. Syukur ianya melegakan. Terima kasih!
Yo-Night DX Natural Detox & Slimming Beverage
Yo Night Dx Superb Health Supplement
Rasanya yang sedap, mudah nak di bawa ke mana-mana. Paling penting, detox ini mengurangkan selera makan, sesuai untuk diminum untuk orang yang nak turunkan berat badan. Saya suka!
Eagle Balsem Gosok
Eagle balsem gosok
Sampel yang saya dapat kecil. Tapi saya sukakannya kerana saya gunakan produk ini ketika saya mengalami selesema di kawasan hidung ataupun ketika kulit saya digigit nyamuk. Ianya dapat melegakan kulit yang gatal dan selesema.
Eagle Brand Medicated Oil
Eagle brand medicated oil
Saya suka menggunakan minyak angin cap lang ni. Produk ini dapat melegakan sakit otot saya terutamanya kawasan tengkuk dan belakang badan. Minyak angin cap lang juga dapat melegakan sakit kepala saya terutamanya ketika sakit kepala menyerang ketika saya kurang rehat atau kurang cukup tidur.
Skin Refiner UV Foundation Fluid SPF25++
Skin Refiner Liquid Foundation
Saya berasa gembira apabila menerima hadiah liquid foundation dari 100comments. Kenapa? Kerana saya memang menggunakan foundation liquid sebagai make up asas saya. Yang paling saya suka adalah jenama skin refiner ini bukan sahaja memberikan wajah saya semakin berseri dengan menutup cela muka selepas menggunakan foundation tetapi ia juga merawat dan melindungi kulit wajah saya dari sinaran UV matahari di Malaysia yang panas cuacanya ini. Foundation ini tidak melekit dan rasa ringan apabila dipakai di wajah saya. Terima kasih.