Pureen Liquid Cleanser
Pencuci botol yang sangat berkesan
Saya mempunyai 3 orang anak yang menggunakan botol susu. Minyak yang melekat pada botol susu mudah dihilangkan dengan menggunakan pencuci botol pureen ini. Saya hanya menggunakan setitik untuk menghilangkan kesan minyak tersebut. Sangat- sangat jimat
Pureen Madame Maternity Pads
Penyerapan yang baik
Saya menggunakan maternity pad ini sejak melahirkan anak pertama sehingga yang keempat. Maternity pad ini pilihan utama saya untuk dibawa ke hospital kerana permukaan yang lembut serta penyerapan yang baik.
Drypers Classic
Harga mampu milik
Saya ada anak 3 orang yang memakai pempers. Mestilah memerlukan modal yang banyak untuk keperluan pampers. Pampers drypers classic ini harga mampu milik dan setiap bulan pasti ada harga promosi. Sangat- sangat mengesyorkan.