Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Sabun Mandian Terbaik
Sabun mandian Carrie Junior sememangnya sabun mandian yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kombinasi 'Head to Toe' melengkapkan mandian setiap hari. Bau wangi yang sedap dan tahan lama memang sangat menyegarkan. Anak-anak saya memang sangat suka menggunakan mandian Carrie Junior dan paling penting ia juga tidak memedihkan mata.
Kodomo Lion Toothpaste
Pilihan Utama Anak Saya
Kodomo Lion memang pilihan utama anak-anak saya. Pelbagai pilihan perisa seperti strawberi, oren yang sedap bila digunakan. Rasa ubat gigi yang tidak begitu kuat membuatkan anak-anak suka memberus gigi mereka menggunakan kodomo lion. Keluar membeli belah pun mereka pasti akan pergi mengambil sendiri ubat gigi ini setiap seorang dengan perisa yang mereka suka.
Palmer’s Bottom Butter
Produk Yang Sangat Bagus
Bottom Butter sangat sesuai digunakan untuk bayi. Cepat berkesan menghilangkan kesan-kesan merah dan kerengsaan. Tidak mengandungi bahan kimia yang kuat dan boleh melembutkan kulit bayi yang bermasalah. Bau yang wangi dan segar sangat membuatkan bayi kita selesa. Saya memang highly recommend produk ini bagi semua ibu-ibu di luar sana yang mempunyai bayi kecil bermasalah.