Drypers Classic
DRYPERS CLASSIC PILIHAN TERBAIK ANAK SAYA
4 daripada 5 anak saya menggunakan jenama Drypers Classic ini dahulunya Hey Baby. Dengan pilihan dan penggunaan saiz yang betul anak - anak saya juga bebas daripada masalah ruam walaupun dalam tempoh 10 hingga 12 jam.
Selain itu, harga dan kuantiti/pek sangat berbaloi. Pelekap mudah -buka /pasang
Itulah sebab saya dan suami memilih Drypers Classic untuk anak anak kami.
"Anak selesa, ibu bapa gembira"
Drapolene Cream
DRAPOLENE GOOD FOR YOUR BABY SKIN
Masalah ruam pada kulit bayi?
Cubalah krim drapolene.. sangat baik dan berkesan di gunakan untuk mencegah ruam lampin dan mengatasi masalah ruam pada kulit .. 'top to toe'. Saya sudah menggunakan produk ni sejak anak saya yg pertama 2006 hingga anak ke 5 saya 2017. Saya sangat yakin dengan produk ni. Saya gunakan drapolene ni pada anak saya selepas mandi. Lapkan kulit bayi dengan menggunakan tuala bersih dan kering. Selepas tu saya akan sapu dan ratakan sedikit drapolene ni pada bahagian punggung bayi..dan semua bahagian celah tangan kaki, paha dan leher ini adalah bahagian badan yang mudah berpeluh dan menyembabkan masalah ruam pada kulit. Biarkan krim meresap seketika sebelum menggunakan baju/pampers/lampin bayi. Saya sapu 2 kali sehari..alhmdulillah kulit bayi selamat. Untuk masalah ruam pula saya akan sapukan bahagian kulit yg bermasalah selepas mandi dan di lap kering sebelum disapukan dengan krim drapolene. Pastikan krim di sapu rata pada bahagian yang bermasalah hingga meresap sebelum menggunakan baju atau lampin. Selepas guna krim ni saya elakkan penggunaan bedak pada kulit bayi buat sementara sehingga bahagian kulit yang beruam benar benar pulih. Selain masalah ruam saya juga sapukan krim ni pada kulit anak saya yang ke 4 -kulitnya sensitif bengkak, merah dan menggatal.. akhibat kesan gigitan nyamuk dan semut. Alhmdulillah dengan krim drapolene ni semua masalah tu dapat di atasi . Sehingga hari ini krim drapolene menjadi keperluan dalam bajet bulanan saya. Bagi yang bakal bergelar ibu pertama cuba senaraikan krim ni dalam persediaan anda. Bagi yang masih mencari krim bayi untuk masalah kulit cubalah krim draplone. Insya Allah sangat membantu.
Pureen Baby Lotion and Vitamin E
Pureen Baby Lotion - Menghalus dan memutihkan Kulit
Sebab utama saya memilih Losyen jenam Pureen ni adalah kesan baik losen ni pada kulit anak saya iaitu memutih dan menghaluskan kulit kusam/keras pada lutut anak saya yang telah merangka.. harumannya sangat segar & menyamankan . Kualiti terbaik dengan harga yang berpatutan. Saya sangat berpuas hati menggunakan losyen pureen untuk anak anak saya