Silkygirl Matte Junkie Lip Gloss 01 Retro
Lipmatte The Best!
Mula mula saya saya ternampak lipmatte ni di Watson dan saya agak ragu ragu dengan ketahanan semasa memakainya. Balik sahaja di rumah, kawan sebilik dengan saya baru sahaja membelinya dengan harga yang berbaloi! Dan yang menarik lagi warnanya sangat menawan serta bau dia yang tidak seperti lipmatte yang lain. Ia juga sangat lembut dibibir serta membuatkan bibir lebih menggoda. Jatuh cinta dengan lipmatte ni!
Maybelline Volum’ Express Magnum Waterproof Mascara
First Mascara!
Pertama kalinya, mascara pertama saya pakai ialah ni. Ini pun disebabkan kawan saya yang pakaikan dan saya sangat teruja ketika itu disebabkan bulu mata saya kelihatan lebih tebal dan lentik. Selain itu, ia juga tahan lama walaupun untuk menghilangkannya agak sukar tapi saya tetap sukakannya! Ramai yang tegur lepas saya pakai ni, nampak mata saya lebih besar dan menggoda hehee.
Nivea Lip Care Fruity Shine Cherry
Baru Sahaja Membelinya!
Minggu lepas saya pergi ke watson untuk membeli lipbalm kerana bibir saya yang agak kering dengan cuaca yang sangat panas sekarang ni. Sampai sahaja di watson saya tertarik dengan lipbalm ini kerana warnanya dan harga yang murah. Saya terus membelinya dan berharap ia akan menjadi pada bibir saya. Seminggu sudah saya membelinya dan saya sangat berpuas hati dengan pilihan saya! Saya lembut, tidak berbau serta melembabkan bibir saya untuk jangka masa yang lama!