Hisense 32″ HD LED TV 32M2160P
Warna yang cantik
Skrin yang besar, paparan yang cantik dan menarik. Harga pun berbaloi dan berpatutan. Boleh plug in USB dan HDMI. Kualiti yang setanding jenama yang mahal. Bentuknya juga nipis dan tidak terlalu besar
Drypers Classic
Lampin pilihan saya
Dengan harganya yang berpatutan dan kualiti yang baik serta tahan bocor membuatkan drypers classic menjadi pilihan saya untuk anak saya. Saya tidak pernah memilih yang lain sejak anak saya lahir hingga kini.
Pigeon Wide Neck Nursing Bottle PPSU
Bayi saya mudah menyusu dengannya!
Saya hanya memulakan penyusuan botol dengan anak saya setelah habis berpantang. Rakan saya mengesyorkan botol pigeon ini supaya transisi puting untuk anak menjadi mudah. Memang benar! Anak saya mudah untuk menyusu dengan botol ini dan tidak mempunyai masalah keliru puting.
Gardenia 100% Whole Grain
Sedap dan sihat
Sungguh enak dimakan begitu sahaja. Selain dari itu, ia juga diperbuat dari serat yang menyihatkan. Rasanya juga lembut dan gebu. Gardenia juga merupakan jenama roti yang sudah lama bertakhta di hati saya.