Genki Diaper Pant
Lampin seluar yg selesa
Anak sy menggunakan lampin seluar genki size XL. Saya dapati dia sgt selesa utk aktif beraktiviti kerana lampin genki yang tahan lasak tetapi bersifat lembut dgn jerut tepi yg selesa. Mampu bertahan lama tanpa kebocoran jika memilih saiz yg betul untuk anak. Sebelum ini sy pernah membeli saiz yg lebih besar atas alasan supaya dia selesa kerana merasakan saiznya sudah ngam2. Walaupun dia muat fit ketika kering tapi akan bocor jika berisi..Setelah menukar kembali kepada saiz asal yg lebih kecil masalah kebocoran dapat di atasi dgn baik.
Sudocrem
Krim ruam lampin yg terbaik..
Saya menggunakan sudocrem semenjak anak pertama lahir di UK rekomendasi dari pihak hospital di sana. Sejak menggunakannya anak saya tidak pernah mengalami ruam lampin dan dia sentiasa selesa. Apa yang saya sangat suka tentang sudocrem ini ia bukan sahaja mampu mengelak dan merawat ruam lampin malah boleh digunakan seisi keluarga bagi membantu merawat luka kecil, kesan terbakar, sunburn juga jerawat dan pelbagai lagi berkaitan kulit. Saya benar2 teruja dan gembira bila pulang dari UK mendapati sudocrem sudah memasuki pasaran Malaysia. Penggunaannya yg nipis dgn bekalan bekas yg besar mampu bertahan lama dan menjadi kemestian utk stok sentiasa ada di rumah di mana sy tidak risau kerana sudocream mudah didapati kini.
Ramly Chicken Burger
Sedap dan terbaik
Saya memang menggemari burger ramly ayam. Rasanya sgt sedap n padat. Puas makan. Yang penting bersih dan halal. Item wajib dalam peti ais.