Agnesia Antibacterial Powder
Agnesia melegakan kegatalan pada kulit dengan serta merta.
Bedak Agnesia ini saya dan keluarga gunakan sejak dari kecil lagi. Apabila terasa ada kegatalan akibat hari panas, atau timbul ruam pada kulit, Agnesia ini bagus untuk digunakan disamping kesan pedas berangin apabila disapukan pada kulit boleh menghilangkan terus rasa kegatalan yang dialami.terima kasih Agnesia kerana jadi peneman kami sekeluarga sejak dulu lagi.
Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Pelembap Kulit Terbaik dan haruman yang memukau
Produk yang terbaik dalam melembapkan kulit.Boleh digunakan pada bila- bila masa dan dimana juga.Apabila saya menggunakan losyen ini pada malam hari sebelum tidur,kulit akan terasa lembut sehingga keesokan hari nya dan berkekalan sepanjang hari.Losyen yang menyerap dengan baik dengan haruman nya harum memukau..saya sangat sukakan losyen Vaseline ini!
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
Mengurangkan kesakitan sengugut dan senang digunakan
Sebelum mengenali Losyen Mustajab Pati Halia, apabila sengugut semasa haid, saya terpaksa mencari ubat-ubatan dan cara tradisional untuk melegakan kesakitan sengugut. Setelah mengenali produk losyen Mustajab Pati Halia, sememangnya produk yang senang untuk digunakan dengan hanya menyapu losyen ke bahagian perut dan pinggang,kesan akan terus dapat dirasai dengan serta merta.Losyen Mustajab Pati Halia memang terbaik!