Laurier Pantyliner Active Fit Unscented
Selesa
Ini produk keperluan harian saya. Selesa dan tidak menimbulkan alahan kepada saya.
Libresse Night Maxi Wings And Wider Protection Secure
Setia
Sejak produk ini dilancarkan, saya terus cuba dan tidak pernah bertukar kepada jenama lain. Panjangnya yang sesuai dengan keperluan saya. Ianya muat pada tubuh dan sangat selesa.
SERI-AJI®Kampung Style Fried Rice
Cepat dan pantas
Kalau saya beli barang dapur saya tidak akan terlepas daripada membeli perencah ini. Sangat senang dan cepat untuk menyediakan nasi goreng kampung yang sangat sedap. Memenuhi selera saya dan keluarga.
Naturel Margarine
Marjerin Lembut
Selepas diperkenalkan oleh rakan sekerja dengan Naturel saya terus terpikat. Teksturnya yang lembut dan mudah disapu pada roti. Rasanya pun enak, tidak terlalu berlemak dan menyihatkan. Berbeza betul dengan marjerin jenama lain. Makan begitu sahaja bersama roti sudah memadai. Pilihan pertama dan terakhir saya..memang terbaik!
Wall’s Solero Split
Kegemaran sepanjang zaman
Dari kecil sampai dewasa inilah ice cream pilihan. Satu keluarga saya menggemarinya. Saya paling suka rasa masam dari lapisan luar ice cream ini dan vanila adalah perasa pilihan saya sejak dulu.