Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Carrie junior buat si junior dlm rumah ni tak nak keluar dr bilik air?
Baunya sedap. Buih yang banyak. Jadi bila pump dua hingga tiga kali sudah mencukupi untuk saiz badan anak saya. Jimat lagi berbaloi. Harganya pun reasonable juga. Bau pun tahan lama walaupun kepala anak saya berpeluh-peluh selepas bermain seharian. Saya suka, anak lagilah suka. ?
Ridsect Advance
Ridsect Advance memang advance!
Racun serangga ini adalah antara produk pilihan dalam pembelian barangan bulanan untuk rumah saya. Harganya-bolehlah. Kesan penggunaannya-sangat berkesan. Baunya tidaklah terlalu menusuk ke hidung tetapi sangat berkesan untuk membunuh serangga seperti nyamuk, lipas dan semut. Paling best-lipas tak muncul lagi dari tandas. ?
STABILO Boss Highlight Pen 3 colors in 1 set fluorescent
Stabilo boss highlighter pen 3 colors memang the boss! ?
Mudah pegang. Mudah menanda-matanya licin, lancar dan cukup kelebarannya untuk menanda tulisan. Warna terang dan menarik. Saya guna untuk menanda point-point penting ketika membaca Al-Quran. Saya tanda untuk ayat-ayat yang boleh digunakan ketika berdoa. Pernah sebelum ini menggunakan jenama lain atau yang lebih murah lagi (kedai rm2) tetapi tak beli lagi selepas itu. Tak berbaloi. Sekarang Stabilo jadi pilihan. ??