Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Pilihan nombor satu keluarga saya
Ayam brand adalah pilihan utama saya sekeluarga. Bukan hanya sardin malah banyak lagi produk ayam brand yang saya guna. Mungkin harganya agak tinggi berbanding jenama lain tetapi kualiti produk tidak dapat ditandingi jenama lain. Dari segi ikan dan sos, saya sangat berpuas hati. Masaklah sardin dengan cara apapun pasti habis licin. Setakat ini,saya tidak pernah ada masalah dengan sardin Ayam Brand. Sangat berpuas hati. ?
Gardenia 100% Whole Grain
Roti untuk kesihatan lebih baik
Sebelum ini,saya sekeluarga memang membeli roti Gardenia original. Tetapi sejak saya mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan sihat,saya bertukar kepada roti Gardenia 100% whole grain pula. Ramai jurulatih kesihatan yang memberi cadangan untuk menggantikan roti putih kepada roti 100% whole grain kerana ianya mempunyai serat dan khasiat yang tinggi.Di pasaran sememangnya terdapat banyak pilihan jenama roti 100% whole grain. Bagi saya,Gardenia adalah pilihan nombor satu kerana saya yakin dengan kualiti produknya. ?
Habhal’s Cap Kipas Udang Sweet Soya Bean Sauce
Kicap paling sedap
Sejak kecil kicap ini yang menjadi kegilaan saya dan adik beradik. Makan nasi lauk ikan goreng dan kicap ini. Cukup menyelerakan. Kicap yang sangat sedap. Masak atau makan begitu saja sangat sedap. Kicap dari jenama berbeza tidak dapat menandingi kesedapan kicap cap kipas udang ini. Walaupun harganya semakin tinggi tetapi kicap ini tetap menjadi pilihan nombor satu saya. Sangat sedap. ?