Gardenia 100% Whole Grain
Sarapan Diet Terbaik
Biasa kalau orang nak diet atau jaga makan, roti ni memang menjadi menu wajib atau pilihan utama untuk sarapan pagi. Rotu yang penuh serat, bila makan roti tu jadi rasa kenyang dalam tempoh waktu sampai makan tengahari. Serious talk. Saya dah cuba. Buat anda yang nak jaga makan, anda kena cuba. Really recommended.
Gardenia Original Classic
Roti Pilihan Keluarga
Jenama yang sentiasa releven sepanjang zaman. Roti tu bila makan macamtu saja rasanya sangat lembut dan berlemak. Kalau ditambah flavour, lagi umpphhh, memang meletop, padu dan sedap. Memang roti jenama ni la yang jadi pilihan seisi keluarga. Memang terbaik!
Darlie Double Action Toothpaste
Rasakan kesegarannya.
Baru-baru ini saya dan keluarga ingin mencuba produk ubat gigi yang baru dan kami memilih Darlie toothpaste. Masa gosok gigi tu gigi rasa segar dan sejuk ja dan flavour ya sangat best yang mana dapat meningkatkan kesegaran gigi dan mulut.
Dettol Instant Hand Sanitizer
Best Sanitizer
Menjadi kebiasaan, saya akan membawa sanitizer ni bila keluar daripada rumah sama ada kerja atau aktiviti luar yang lain seperti mendaki. Ia dapat membasmi kuman. Saiz botol yang sangat comel, kecil dan ringan sesuai untuk dibawa kemana sahaja.
Dettol Original Shower Foam
Sabun Mandian Seisi Keluarga
Jenama mandian Dettol memang menjadi sabun mandian pilihan seisi keluarga. Sabun ini dapat membasmi kuman dan sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah gatal-gatal di kulit seperti saya. Saya memang akan guna sabun mandian ni.Ia juga memberi kelembapan dan kesegaran badan.
Sunsilk Smooth & Manageable shampoo
Shampoo yang BEST
Saya sudah menjadi pengguna shampo sunsilk dalam jangka masa empat tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Saya suka mencuba pelbagai variasi shampoo dari sunsilk. Ia menjadikan rambut lembut selepas basuh. Dan penting, baunya berpanjangan. Sangat BEST.
Himalaya’s Purifying Neem Face Wash
Good, not bad.
I have try this product around two months ago. So, personally, it is good but mybe for my face, it is not really work, i just like normal, not feel a better. But i really like the good smell mybe because from neem. Natural.
DOVE Shower Beauty Moisture
Sabun Mandian yang Melembapkan
Saya baru sahaja memakai mandian ini dua bulan, hasilnya sangat menyeronokkan. Bau sabun mandian yang sangat menyegarkan. Rasa yang sangat ketara bila selepas mandi pakai sabun mandian ni rasa kulit kita ni lempab dan segar. I really love it.
Sebamed Baby Lip Balm
Lip Balm Sebamed mengelakkan Bibir Kering
Lip Balm penting untuk menjaga kelembapan bibir sepanjang masa. Bagi sesiapa yang mempunyai bibir kering atau sangat kering, produk ni sangat boleh dicuba. Harga pun sangat berpatutan sesuai dengan keberkesanannya untuk melembabkan bibir. TRY IT!
Simple Hydrating Light Moisturiser
Moisturizer PALING BEST !!
Sangat susah untuk mencari mositurizer untuk kulit sensitif. Dan akhirnya!! Simple adalah jawapan. Ia sangat best digunakan. Not thick, just simple. Cepat serap kat kulit. It is very recommended. Harga pun berpatutan. Banyak review yang mengatakan moisturizer ni best. Cubalah.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Best Body Care
Sabun mandi yang mempunyai bau yang sangat wangi dan sangat menyegarkan. Rasa lembut selepas mandi. Ia juga sesuai digunakan untuk seluruh ahli keluarga dan setiap lapisan umur. Harga yang sangat berpatutan dan mampu milik. Highly recommended.
Johnson’s Baby Body Care Soft & Smooth Powder
Struktur bedak yang lembut .
Bedak Baby Johnson ni memang terbaik. Kalau sapu kat muka , memang kulit lembut sebab bedak tu jenis bedak yang halus. Senang nak ratakan kat kulit badan. Bukan badan sahaja, boleh sapu dekat muka sekali. Kawan-kawan pun ramai yang pakai bedak ni, cumanya ada yang pakai warna yang lain. Tapi walaupun lain, struktur serbuk bedak tu sama, halus dan lembut kalau letak kat muka dan badan. Cubalah!
Adabi Anchovies Fritter Flour (Tepung Cucur Ikan Bilis)
Cucur yang giler sedap!
Pernah mencuba nak beli cucur ni dan buat. Senang je rupanya cara nak sediakan. Siap bagi arahan dan cara-cara nak buat. Memang simple. Dah siap, makan panas-panas, dia punya rasa memang ranggup dan sedap gila. My first impression. Dan sekarang memang beli cucur tu lah. Keluarga pun suka.