Ramly Beef Nuggets
Sedap berbanding nugget jenama lain
Nugget lembu ramly adalah salah satu makanan frozen yang paling saya minati. Rasa daging nya sangat padat penuh dengan isi daging lembu, tidak hanya tepung semata, saya sangat suka untuk menikmatinya terutama ketika sarapan serta makan petang. Sangat mudah disediakan dan juga mengenyangkan. Akan sentiasa membeli nugget ramly juga kerana dijamin halal dan saya yakin akan kebersihan ketika proses pembuatan
Sunglo Low Fat Greek Yoghurt
Berbeza dengan yogurt jenama lain
Saya sukakannya dan yogurt ini berbeza dengan jenama lain. Rasa yogurt nya yang tidak begitu berlemak malah di bawah nya terdapat jeli buah buahan yang menambahkan lagi rasa buah buahan di dalam yogurt itu. Malah ia juga tidak begitu masam dan sesuai bagi sesiapa yang tidak menyukai rasa masam yang kuat dalam sesetengah yogurt
Ramly Beef Burger
Pilihan nombor 1
Sentiasa menjadi pilihan nombor 1 berbanding jenama lain kerana sedap dan terbukti halal. Saya suka gunakan daging cincang ini untuk membuat pizza, spagetti, nasi goreng dan digoreng dan dimakan begitu sahaja. Sedap juga dijamu dengan telur dan sos untuk dijadikan sarapan ringkas. Daging cincang ramly menjadi sentiasa menjadi tambahan dalam setiap masakan untuk menjadi makanan lagi sedap dan berkhasiat.
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
Sedap dan menambah selera
Lada hitam aji shio ternyata berbeza dengan lada hitam jenama lain kerana mempunyai perasa tambahan di mana memang menjadi penambah selera untuk hidangan dan membuatkan makanan lebih sedap. Selalu saya akan gunakan untuk masak makanan yang simple seperti telur, ternyata berbeza dan lebih sedap rasa telur yang dimasak. Saya mengambil ia sebagai satu alternatif penambah selera untuk makanan yang simple
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Mee segera pilihan
Maggi kari tetap menjadi pilihan pertama saya dalam kategori mee segera. Tiada mee segera yang setanding dengan mee segera maggi perasa kari yang sangat menyelerakan dan mengasyikkan. Malah dengan harganya yang murah, sentiasa menjadi pilihan dikala kesempitan dan ingin menjimatkan perbelanjaan. Ia nya juga mudah disediakan. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan dikala mahukan sesuatu yang menyelerakan dikala kesempitan
Whisper Heavy & Overnight Pad
Susah bocor
Pernah beberapa kali memakai pad jenama ini, saya boleh katakan ini antara pad overnight pilihan saya. Sangat susah untuk bocor walaupun hampir seharian pakai, boleh katakan ia ada fungsi penyerapan yang sangat baik menyebabkan ia susah untuk bocor. Saya sangat yakin bila pakai pad ini terutama pada hari pertama sedang datang bulan, jarang sekali saya mengalami kebocoran yang teruk apabila menggunakan pad jenama ini. Sangat selesa.
Carefree Healty Fresh Sanitary Pad
Selesa
Saya sukakan pantyliner dari jenama carefree, bagi saya ia tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, saya tidak risau jikalau keputihan yang banyak ketika memakai pantyliner ini kerana saya tahu ia dapat menampung keputihan saya dan elakkan keputihan daripa terkena seluar dalam. Malah berbanding produk lain, ia lebih lebar dan tidak membuat bahagian terasa gatal. Oleh kerana itu, pantyliner jenama ini sentiasa menjadi pilihan saya
Libresse Night Maxi Wings And Wider Protection Secure
Tidak mudah bocor
Ini adalah pad overnight kegemaran saya kerana ia tidak mudah bocor terutama ketika hari pertama period. Saya sukakan kelebaran serta panjang pad ini dan ia juga mudah dicuci menjadikan ia salah satu produk pilihan saya ketika datang bulan
Catrice All Matt Plus Shine Control Make Up Light Beige 010
Long lasting
What i love about this foundation is that its texture that is light and gave me a nice finish of makeup on my face, its long lasting and doesnt make my face looks oily as its used to be. Plus its hydrate my skin, i love the fact that it didnt dry my skin, i feel comfortable all the way long i applying it on my face. And it is also affordable
Catrice Shine Appeal Fluid Lipstick 080 Rose Would You…?
Love the colour
I really love the colour because i prefer lipstick that would give me the natural look of lips plus it's glossy and make my lips looks shining and glossy. It is affordable and i also love the texture that is light to my skin
Safi Shayla Damaged Hair Control
Wangi dan rasa lembut
Dulu pernah pakai syampu ni dan saya suka syampu ni kerana harumannya serta memberi kelembutan kepada rambut saya. Suka bermain dengan rambut saya kerana terasa best bila dibelai malah harga juga berpatutan
Ramly Fried Chicken
Sedap dan aroma memikat
Saya sukakan produk ramly yang ini. Kena dengan selera saya dan apa yang memikat saya ialah aroma ayam goreng yang mengancam ketika menggorengnya. Rasa nya juga semestinya sangat menyelerakan. Cara penyediaan mudah cuma mengambil masa sedikit untuk menggoreng ayam ini. Apa yang penting, ia nya dijamin halal dan saya yakin akan kebersihan ketika proses pembuatan menjadikan produk ramly sentiasa menjadi jenama pilihan hati saya