Lifebuoy Total 10 Body Wash
Sungguh menakjubkan
Sudah menjadi kebiasaan produk ini akan menjadi pilihan ramai untuk kegunaan harian. Sabun lifebuoy ini bukan saja lembut semasa dipakai malah juga membantu untuk membasmi kuman untuk melindungi kita sepanjang hari. Sabun ini juga menyebabkan kita kurang memerlukan deodorant kerana penggunaan sabun ini menyebabkan badan kita kurang berbau busuk.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Sungguh menakjubkan
Sabun ini memang sudah lama terkenal dikalangan ibu-ibu terutamanya. Hal ini disebabkan oleh kehebatan sabun ini yang mempunyai pelbagai keistimewaan sehingga dapat memikat majoriti para ibu untuk memilih produk ini untuk digunakan pada anak-anak mereka. Sabun ini sangatlah berbau wangi dan menyenangkan dan sangat menjaga kulit malah tidak memedihkan mata. Ini menjadikan produk ini sangat sesuai untuk digunakan pada semua peringkat umur. Saya yang dewasa pun masih memakai sabun ini.
Lux Aqua Sparkle Shower Gel
Menyegarkan
Dalam iklim yang panas ini , sabun ini amatlah bersesuain . Ia membantu menyegarkan tubuh badan daripada cuaca yang panas. Malah dia juga memberikan wangian yang membuatkan kita selesa dan makin bersemangat untuk meneruskan aktiviti seharian kita
NAVEEN Scalp Energy Tonic
Masalah rambut
Saya mengalami masalah rambut keguguran dan juga masalah kelemumur yang agak teruk. Setelah menggunakan produk ini hampir seminggu, kesan yang saya dapati hasil penggunan produk tersebut adalah kelemumur dan rambut gugur telah pun berkurangan.
Bioconnexion OatGrain 35
Kualiti produk
Produk ini sangat berkualiti dan amat sesuai untuk diguna oleh semua peringkat umur. Ia banyak membantu saya untuk mengekalkan kesihatan saya , malah ia juga membantu saya mencukupkan keperluan zat dalam kehidupan seharian. Ianya juga sesuai untuk orang yang berdiet.
Xiaomi Redmi 5
Sangat berbaloi
Xiaomi memang terkenal dengan peranti yang murah dengan specification yang agak tinggi. Telefon ini sangat sesuai untuk orang yang mahukan telefon dengan teknologi yang canggih tetapi dengan harga yang kurah dan berpatutan