Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Hotel Tiptop
Sudah dua kali saya berkunjung ke hotel ini. Hotel ini sangat recommended kepada semua orang yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Suasana di dalam hotel sungguh cantik. Kedudukan hotel jugak mempunyai akses yang senang dengan jalanraya, pusat-pusat kemudahan, dan fasiliti-fasiliti lain. Selain itu, staff hotel juga sangat mesra pelanggan dan bersedia sepenuh masa untuk membantu pelanggan. Apa yang penting, buffet sarapan yang sangat sedap berbanding hotel lain.
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Shampoo Terbaik
Sejak saya mengalami masalah rambut kusam dan kelemumur, sudah banyak saya mencuba pelbagai jenis shampoo tetapi smua yang saya guna tidak dapat menangani masalah kulit kepala saya. Setelah saya mencuba produk shampoo Head & Shoulders, masalah kelemumur saya semakin berkurangan. Rambut mulai lembut dan kulit kepala tidak mengalami kegatalan. Apa yang lagi bagus mengenai shampoo ini, ia meninggalkan kesan yang menyejukkan selepas penggunaannya.
Club Med Cherating
Tempat Percutian Menarik
Sebuah resort yang menawarkan tempat pelancongan terbaik untuk pengunjung kerana jauh dari kesibukan kota. Resort mempunyai suasana pemandangan yang sangat menarik. Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang tiba di sini pasti tidak mahu meninggalkan tempat tersebut. Mempunyai struktur bangunan kayu yang menampakkan ciri-ciri tradisional. Warga resort juga sangat peramah. Daripada security guard, receptionist, sehingga lah kepada housekeeper. Paling menarik adalah kolam renangnya yang sungguh cantik. Kanak-kanak dan orang dewasa pasti tidak ketinggalan untuk berenang pada masa lapang. Makanan resort pun sedap-sedap. Sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun bbq. Sesiapa sahaja yang datang pasti akan berhajat untuk kembali lagi.
Axion Lemon
Axion sangat disyorkan
Sejak saya masih kecil, ibu saya seringkali menggunakan sabun pencuci pinggan Axion untuk membasuh pinggan. Kami sekeluarga lebih gemar menggunakan sabun pencuci yang bersifat paste berbanding jenis cecair kerana jenis ini akan lebih keras dan lambat habis. Selain itu, sabun ini akan menghilangkan semua kotoran minyak yang melekat dan akan meninggalkan bau yang menyegarkan. Apa yang penting, sabun Axion ini pastinya tidak merosakkan kulit tangan selepas penggunaannya sepertimana sesetengah sabun pencuci pinggan yang lain.