Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Sungguh mudah
Sangat mudah dan senang menggunakan tisu basah ini. Tiada bahan pewangi. Tiada kandungan paraben. Kulit anak saya sangat sesuai dengan tisu ini.harga yang murah berbanding tisu basah yang lain. Jimat bukan.
Kodomo Lion Toothpaste
Hari-hari anak nak gosok gigi
Ubat gigi khas untuk kanak-kanak ini sangat disukai oleh anak saya. Perisa buah-buahan membuatkan anak saya sudah pandai memberus gigi kerana setiap hari nak berus gigi. Tak perlu saya paksa anak saya untuk berus gigi lagi.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Sungguh teruja
Saya menggunakan produk drypers baby head to toe gabungan avocado dan oat untuk kedua-dua anak saya sejak mereka lahir sehingga sekarang.ia memberikan kulit anak saya sungguh lembut, harum dan yang paling seronok tidak memedihkan mata.harga pun murah. Semua orang mampu untuk memiliki. Seisi keluarga pun boleh join sekali.
Pureen Liquid Cleanser
Gembira bila dapat memiliki
Setiap Bulan saya mesti membeli sabun pencuci botol ini dalam jumlah yang banyak. Nak tau kenapa?produk pureen ini sering kali habis. Kenapa ya? Kerana sabun pencuci ini sangat mudah digunakan. Senang untuk menyental botol dan buih sabun pun tak banyak.