Carrie Junior Baby Hair & Body Wash – Groovy Grapeberry
Wangi dan jimat
Harga yang berbaloi, sangat sesuai utk digunakan kepada baby walaupun baby yang baru lahir.
PetPet Disposable Baby Diaper
Tidak bocor
Saya memilih diapers petpet untuk anak saya .. Petpet permukaan yang lembut dan penyerapan yang terbaik. Walaupun anak saya banyak berak, ianya tidak bocor. Petpet memang terbaik.
Pureen Mittens & Bootees
Harga yang murah
Set mittens and booties dari pureen sangat murah dan menjimatkan. Kain yang lembut dan kualiti yang terbaik. Saya sangat gembira kerana dapat berjimat .
VEET Hair Removal Cream
Mudah digunakan
Membantu memudahkan kerja saya mencabut bulu di bawah lengan. Selalunya saya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mencabut bulu dibawah lengan.
Rexona Women Deodorant Stick Whitening
Tidak melekit dan tahan lama
Saya sangat suka menggunakan Rexona Stick Whitening. Deodorant ini tidak melekit apabila digunakan, bawah lengan rasa lebih selesa terutama ketika berpeluh. Deodorant ini juga tahan lebih lama berbanding roll on. Saya menggunakan sebotol dalam masa 5bulan. Sangat menjimatkan..
IN2IT Lip Treat 04 Raspberry
Pelembap bibir yang tahan lama
Saya mengalami masalah bibir kering. Sejak saya menggunakan lipbalm in2it raspberry, masalah bibir kering semakin berkurang. Bibir saya juga menjadi lebih lembut dan pink. Saya sangat jatuh cinta dgn lipbalm dari in2it.
Lux Shower Gel Magical Spell
Lux Magical Spell Shower Gel Terbaik
Pilihan saya sejak dari kecil lagi. Ibu saya juga menggunakan gel mandian lux. Melembutkan kulit dan bau yang tahan lama. Kini lux menjadi gel mandian pilihan utama saya dan suami.
Dove Nourishing Oil Care Shampoo
Dove Hair Care memulihkan masalah rambut
Sejak menggunakan Dove Hair Care ni, masalah rambut gugur saya tiada lagi. Rambut sentiasa lembut dan lebih kuat. Bangun pagi pun rambut kekal rapi. Dove Hair Care memang terbaik!
Fiffy Baby Wipes (100’s X 3 + 30’s)
Lembut, bersih dan jimat
Tisu basah y lembut, dan sesuai digunakan untuk membersihkan baby. harga y sangat berpatutan dgn kuantiti y banyak.