Drapolene Cream
Produk terbaik untuk ruam lampin
Anak saya pernah menghadapi masalah ruam lampin yang teruk yang menyebabkan celah kelengkangnya kemerahan. Saya mencuba cream drapolene setelah dicadangkan oleh seorang kawan dan ternyata ia sesuai untuk anak saya. Setelah menyapunya hanya beberapa kali ruam lampin tersebut hilang keseluruhannya. Sejak itu saya menjadikan dia sebagai teman perlindungan untuk anak saya sekiranya anak saya terkena ruam lampin lagi. Saya sangat-sangat berpuas hati
Avent Bottle Natural 260ML/9oz
Avent bottle
Saya menggunakan botol avent utk anak saya sejak lahir hingga dia berumur 4 tahun. Saya sangat berpuas hati dengan botol susu jenama avent kerana ia sangat berkualiti setanding dengan harganya. Ia sangat tahan lama dan lasak. Saya tidak perlu menukar botol tersebut setiap bulan kerana ia masih elok jadi dengan ini ia menjimatkan kos untuk pertukaran botol.
MamyPoko Pants Extra Soft
Mamy poko the best diapers
Saya menggunakan jenama ini dari anak saya sebulan sehingga dia berusia 2 tahun selepas anak saya tidak memakai diaper lagi sebab dia dah pandai membuang air sendiri. Satu jenama yg sangat berkualiti setanding dengan harganya. Dengan mamy poko saya tidak perlu risau jika anak saya kebocoran setiap kali memakainya kerana ia adalah selamat dari masalah kebocoran serta boleh memakainya dalam jangkamasa yang lama. Saya tidak perlu kerap menukar lampin dan ia sangat menjimatkan dari segi masa dan juga duit. Dengan mamy poko juga anak saya bebas dari masalah ruam lampin. Very recommended.