Anakku Baby Wipes
Tisu Basah Terbaik pada Harga mampu milik
saya cuba tisu basah jenama anakku untuk anak ke 2 kerana promosi pada awalnya dan kandungan 99% pure water. Hasil yang saya dapati ternyata tisunya lembut. dgn kelembapan yang cukup dan selesa dan mudah membersihkan kotoran pada anak saya.
Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Keputusan lebih terperinci dan cepat
saya menunggu rezeki hamil anak sulung selama 2 tahun setengah dan disebabkan itu daripada keterujaan membeli kit ujian kehamilan yang mahal setiap bulan saya bertukar kepada kit paling murah. namun selepas mendapat keputusan positif saya terus membeli kit clear blue digital untuk pengesahan keputusan sebelum ke klinik. clear blue bagus kerana walaupun disaran untuk menunggu urin pertama selepas bangun tidur, saya terus menguji pada waktu petang dan keputusan tetap cepat, tepat dan terperinci dgn bilangan minggu kehamilan. harga tiada masalah untuk kehamilan yang dinanti2 dan bukan selalu berlaku.
Autumnz Milk storage Bag 12oz
plastik storage EBM terbaik
jenama autumnz agak terkenal dalam kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi dan plastik penyimpanan autumnz sangat bagus dengan 2 seal keselamatan untuk elakkan susu tumpah. plastik yang tebal sesuai untuk penyimpanan jangka masa panjang