Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
Menghilangkan sengal badan
Losyen ini memang cepat meresap dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit. Saya guna untuk sakit-sakit badan memang berkesan. Badan kembali rasa lega dan bertenaga. Guna untuk kempiskan perut pun bagus. Harga pun berpatutan.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Comfortable for my kid
I have been buying these diapers in XXL size for my daughter. She is quite big so I need to find diaper that can fit her and comfortable for her. So far I’m satisfied with Drypers as it can fit my daughter comfortably. Drypers also value for money. It is also leak proof so it is good for long wearing. Will definitely buy again.
Pureen Liquid Cleanser
Membersihkan botol dengan berkesan
Saya merupakan pengguna setia pencuci botol Pureen sejak 4 tahun yang lalu sehinggalah sekarang untuk mencuci botol susu anak-anak saya. Harga memang berpatutan. Berkesan untuk menghilangkan kotoran dan minyak di botol. Ketiga-tiga flavour pun saya dah cuba. Paling saya suka mint flavour. Kadang-kadang saya guna untuk cuci sayur dan buah. Memang selamat digunakan.
Pureen TC Eyelet Short Sleeves Front Open Vest
Kualiti Tinggi
Saya menggunakan pakaian Pureen untuk kedua-dua anak saya. Kualiti kain Pureen memang bagus. Harga jugak mampu milik. Baju lubang-lubang memang sesuai untuk kegunaan siang hari, mengelakkan bayi saya dari kepanasan dan ruam di badan.
DOVE Shower Beauty Moisture
Melembapkan kulit
Shower foam Dove melembapkan kulit pengguna. Menghasilkan buih yang mewah. Memang bagus untuk kulit sensitif. Bauan pun menyegarkan dan wangi. Kulit memang rasa lembut dan halus selepas menggunakan shower foam ni.
Sunlight Lemon Diswash Liquid
Berkesan menghilangkan minyak pada pinggan mangkuk
Sunlight memang berkesan menghilangkan kesan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk. Untuk bekas plastik berminyak pun tiada masalah. Bau yang wangi dan menjimatkan. Memang bagus.