Vaseline Healthy White Body Lotion Perfect 10
Barang wajib ada
tugas yang memerlukan saya berada dibawah cahaya matahari menyebabkan kulit mudah kering dan kusam. Dengn adanya vaseline lotion ini, tak perlu risau lagi kerana ia dapat menjaga kulit sya dan menjadikan kulit lebih lembut. Baunya yang wangi membuatkan saya berasa segar sepanjang hari.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Wangi, bersih dan segar
Baunya yang wangi telah menambat hati saya untuk mencubanya. Ternyata ianya sangat berbaloi kerana bukan sekadar baunya yang wangi malahan ianya juga dapat membasmi kuman dan menyebabkan kulit menjadi lembut.
Enchanteur Eau De Toilette Charming
Wangian kesukaan saya
Wangian ini adalah wangian yang paling saya suka kerna baunya yang tidak terlalu keras. Ia mampu bertahan lama dari pagi hingga ke petang dan mengekalkan saya sentiasa berbau harum walaupun dalam keadaan berpeluh. Harga yang mampu milik juga membuatkan saya memilih wangian ini sebagai perfume untuk saya pakai hari-hari.
Maybelline Lip And Eye Makeup Remover
Lebih bersih
Maybelline makeup remover ini sangat sesuai dengan kulit muka saya yang kering. Tidak sesuai untuk mereka yang kulit berminyak. Ia membantu mebersihkan segala jenis mekap yang ada membuatkan muka lebih kelihatan bersih dan segar.
Ayam Brand Coconut Milk
Cepat dan mudah
Santan ayam brand ini memudahkan para isteri yang bekerja untuk menyediakan masakan kepada keluarga. Msakan seperti nasi lemak, kari mahupun kuih muih dapat disediakan dengan cepat. Ia juga dapat disimpan dalam jangka masa yg lebih lama. Justeru itu ia amat memudahkan para isteri yang bekerja ataupun suri rumah untuk menyediakan apa jenis juadah pada bila-bila masa
LIPICE Sheer Color 2
Melembapkan bibir
Saya telah lama menggunakan produk ini kerana ianya sangat bagus..ia amat sesuai dgan bibir saya yang cepat kering terutama ketika cuaca panas..setelah menggunakan produk ini, bibir saya terasa lembab dan lembut.
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Msalah kelemumur berkurang
Saya mengalami masalah kelemumur yang sangat teruk menyebabkan rambut banyak huhur. selepas memakai syampu head and shoulders ini, msalah kelemumur saya semakin berkurang. Rambut gugur pun semakin berkurang.