Genki Diaper Pant
Genki kualiti baik
Mudah genki pants ni.sarung saja .anak saya lasak. Sesuai untuk anak saya yang lasak. Sebab nak pakaikan senang saja. Sarung saja dah kemas.ngam2 cantik.tak ada longgar . Tebal tak mudah bocor. Anak saya pakai tak pernah melecet atau allergic. Harga berpatutan.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Tisu mudah
Saya pakai sejak anak baru lahir. Saya suka dengan kualiti tisu pureen. Tisu nya tak nipis. Tebal nya elok elok saja. Bau pun wangi. Anak saya tak ada apa apa allergic pakai tisu ni. Setiap habis stock.saya akan tukar tukar jenis warna tisu.sebab suka bau tisu pureen yang berlainan! Harga pun berpatutan.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
2 in1
Pertama kali saya beli drypers head to toe di manjaku sungai buloh. Masa tu manjaku ada buat promosi sabun ni. Saya buka dan bau sabun ni.terus suka! Wangi sangat..tengah ada promosi saya terus grab! Harga pun berpatutan!. Sampai rumah petang tu saya terus mandikan anak saya dengan sabun drypers head to toe.anak saya pun suka sebab ada banyak buih! Saya mandikan dia dalam tab baby. Seronok dia main buih dengan mainan dia. Lepas habis mandi.kulit anak rasa lembut gebu. Saya sangat sangat suka .puas hati.bau wangi,banyak buih dan harga berpatutan ! Thank you drypers head to toe!
Dutch Lady Purefarm UHT Milk
Susu kegemaran
Susu dutch lady full cream selalu pilihan saya. Selalu saya buat dengan makan cereal, buat kuah pasta dan juga kek. Saya jual kek. Kalau ada guna susu dalam penyediaan kek..saya akan guna susu dutch lady full cream sebab rasanya sangat berlemak, berkrim dan sangat sedap. Baru lah jadi kek yang berkualiti. Saya pernah cuba guna susu jenama lain dalam penyedian kek.kek saya rasa kurang sedap. Sejak tu saya dah tak pakai susu jenama lain.