Safi Shayla Smooth & Manageable
harum kekal lama
Salah satu syampu yang saya selalu pakai. Baunya sangat wangi dan kekal lama. Sangat sesuai untuk wanita bertudung. Rambut lebih segar dan kurang berminyak. Rambut juga jadi kurang gatal walaupun berjam-jam memakai tudung.
DKNY Donna Karan New York Eau De Parfum Spray Vapourisateur 100ML
best
Jenama perfume yang paling saya suka. Baunya tidak terlalu kuat dan tahan lama. Menyenangkan dan segar. Membuatkan diri bertambah yakin untuk bertemu dengan orang penting. Harga yang sangat mampu milik.
Nike Womans Free Run Distance Running Shoes
bergaya dan sangat selesa
Salah satu jenama yang paling saya suka untuk pakaian sukan. Kasut ini begitu selesa dan ringan apabila saya bersukan. Ianya boleh juga dipakai apabila berjalan jauh ketika travel. Kaki tidak terasa sakit dan kasut ini memang terbaik.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
terbaik
Sangat bagus dan begitu sesuai dengan kulit saya kerana sebelum ini saya tercari-cari produk yang sesuai dengan jenis kulit saya. Menggunakan produk ini kulit saya menjadi segar, berseri, kurang berminyak dan berjerawat.
Nestle Koko Crunch
delicious
one of my favourite cereal. its crunchy and very tasty. not too sweet. when I am was in rush in the morning, usually I take this as for my breakfast.
Ramly Tasty Black Pepper
sedap
Jenama yang sering saya pilih setiap kali membeli sos lada hitam. Ianya sedap dan sangat berbaloi dengan harga. Produk yang berkualiti, bersih dan dijamin halal. Sangat sedap apabila dicampur dalam masakan.
VASELINE Healthy Hand & Nails Lotion 85 ml
mudah dibawa
Produk ini sangat bagus untuk memastikan tangan sentiasa elok terjaga. Baunya sangat harum. Tangan menjadi lebih lembut dan lembap. Kuku juga kelihatan lebih sihat, terjaga serta kuat. Produk ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana