OEM Local Lion Water Resistant Traveling Backpack
Hiking bag
Assalamualaikum.. Hai saya nak buat satu review tentang beg travel ini..memang sedap bila pakai pakai beg ni..bila barang banyak dalam beg saya tak rasa sakit bila menggalas di bahu kerana dibuat untuk keselesaan bagpacker ketika travel dalam jarak yang agak jauh ataupun dekat..ruang dalam beg pun agak besar dan boleh muatkan macam-macam barang..bagpacker harus miliki beg ini..tq
Epson L365STD All-in-One Printer
Printer
Printer ini sangat terbaik dan murah. Saya sebagai student telah menggunakan printer ini sebagai pendapatan sampingan saya dan printer ini cepat, mudah, berbaloi dan sangat sangat terbaik
STABILO Boss Highlight Pen 3 colors in 1 set fluorescent
Stabilo highlight
Dari sekolah sampai la ke universiti aku still setia dengan stabilo highlight nie.sangat-sangat membantu aku highlight nie terutama dalam study aku.contohnya bila nota aku akan gunakan highlight nie untuk tanda point2 yang penting
Apple iPhone 6s
Iphone 6s
Iphone ni memang terbaik bagi aku.sangat best berbanding iphone 6.aku pakai iphone ni dah 4 tahun tiada sebarang masalah.telefon yang smooth tidak hang.aku tertarik gila dengan fon nie.jadi aku sarankan kepada orang ramai di luar sana belilah iphone 6s dan ke atas kerana aku pasti anda akan puas hati dengan produk ini confirm
Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank
Pineng
Powerbank nie memang sangat power aku suka betul powerbank nie sebabnya tahan lama dan bila charge fon sekejap je naik.powerbank nie sehari dia boleh charge sampai 3 kali..memang sangat terbaik dan padu. Aku sangat sangat berpuas hati dengan powerbank ni
Pensonic 16” Stand Fan PSF-45 – Grey
Kipas
Saya guna kipas ini di ruang bilik tv. memang sejuk dan nyaman sekali. Boleh di laras ketinggian nya. mempunyai butang dan kelajuan boleh di laras. Senang di alih ke mana2. kipas ini juga mudah di bersihkan kotoran. senang di cabut dan pasang semula. tidak terlalu berat. Harga yang berpatutan.