Agnesia Antibacterial Powder
Kering selesa.
Saya dah guna Agnesia ni sejak kecil. Memang badan rasa kering dan selesa sangat bila guna agnesia walaupun aktif dan berpeluh. So memang tak ada masalah gatal-gatal dan kerengsaan kulit. Sesuai untuk baby jugak tau.
Enchanteur Perfumed Talcum Charming
Wangi melekat-lekat
Sejak sekolah saya suka dengan rangkaian produk Enchanteur. Baunya yang semerbak memang menggoda sangatttt. Paling memikat bab harga yang mampu milik. Memang best la. Wangi melekat-lekat pada badan dan baju. Memang terpikat la.
Antabax Bar Soap
Bersih & segar.
Saya suka antabax bar soap yang pink. Ia sangat wangi dan menyegarkan. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang ditampilkan. Ia juga membuat kulit saya bersih dan lembap. Gatal-gatal badan pun hilang tau.
Hai-O Premium Beautiful Hand and Body Lotion
Mudah meresap & wangi.
Sejak pertama kali guna lotion ni, saya memang dah jatuh hati. Lotion yang senang meresap bila di sapu dan wangi. Tak ada masalah melekit-lekit tau. Packaging yang berbaloi untuk bajet saya. Best!