JOHNSON’S® Baby Powder
Bedak Baby Powder Sesuai untuk Kulit Sensitif
Bedak Baby Powder Johnsons mempunyai haruman yang wangi dan berpanjangan. Sesuai dipakai oleh semua seisi keluarga dan juga Bayi yang baru lahir. Anak saya yang mempunyai masalah kulit sensitif juga sesuai dan selamat menggunakannya, kerana ianya juga dapat mengawal ruam pada badan bayi kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya. Bedak Baby Powder Johnsons pilihan keluarga saya.
Pureen Baby Lotion and Vitamin E
Lotion Terbaik Untuk Baby Anda
Pureen Baby Lotion mengandungi vitamin E untuk menjaga lembapan kulit juga melembutkan, Losyen yang cepat meresap dan tidak melekit ini mempunyai bau yang sangat lembut dan wangi, sesuai untuk semua jenis kulit baby termasuk semua peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak.
MAGGI® 2-Minute Noodles Kari
Maggi kari tersedap
Maggi kari adalah Maggi rasa kari yang terbaik Pernah saya cuba. Dah pelbagai jenis Maggi yang saya cuba makan tapi Maggi kari adalah yang terbaik. Maggi kari adalah makanan yang pasti Ada didapur saya kerana ahli keluarga saya semua pengemar Maggi kari. Maggi kari ini adalah rasa Maggi kari yang sebenar.
Gardenia Original Classic
Roti yang Paling sedap
Saya adalah pengemar Roti gardenia dan akan membelinya setiap 2 kali seminggu.
Rasanya yang lembut dan mengenyangkan. Saya pasti akan buat Sandwich setiap pagi Utk sarapan.
Nak buat sandwich tuna atau telur mayonis pasti kena Roti yg lembut dan sedap, gardenia adalah pilihan yg terbaik.
Bio Oil
Memudarkan parut
Bio oil ini sangat berkesan utk menghilangkan kesan parut pada kulit Kaki saya. Caranya yang mudah dan Tidak melekat sangat selesa dan saiznya yang sangat fleksibel boleh bawa kemana-mana shj utk letak dalam beg.
Johnson’s Baby Aloe Vera & Vitamin E Oil
Johnson baby oil aloe vera Terbaik
Johnson baby oil aloe vera diperkaya dengan vitamin E, mempunyai bau yang wangi dan lembut dipakai, juga cepat menyerap dan tidak melekit. Sesuai untuk bayi dan semua peringkat umur. Johnson baby oil aloe vera juga mengandungi ekstrak aloe vera sangat sesuai untuk kulit sensitif di mana ia memberikan kelembapan berpanjangan.