Cetaphil Gentle Skin Cleanser
CETAPHIL CHANGES MY LIFE
dari saya kecil sehinggalah tahun 2012, saya mempunyai wajah yang tiada masalah jerawat dan kusam sehinggalah pada hujung bulan 3 2013, saya menukarkan produk skin care yang lain , dan wajah saya mula breakout sedikit demi sedikit. akibat tekanan kerja dan kekurangan waktu rehat, muka saya makin teruk, sehinggalah awal tahun 2018, muka saya mula naik jerawat yang besar dan semakin banyak parut2 hitam jerawat, muka saya nampak lebih tua dari umur saya, sahabat dan keluarga saya yang nampak perubahan besar saya. pada bulan april 2018 saya membuat keputusan untuk menggunakan produk cetaphil sebagai pencuci muka harian saya. saya membeli dua botol besar ceta[hil agar saya tidak akan cuba untuk menukar kepada produk yang lain. setelah 4 bulan penggunaan cetaphil, jearawat saya makin kurang, dan hanya tinggal parut, muka saya nampak lebih berseri jika dibandingkan sebelum ini, jerawat juga tidak naik. saya jatuh cinta terhadap cetahil. keluarga saya mula menegur wajah saya dan itu yang membuatkan saya kekal dengan cetaphil . THANK YOU CETAPHIL
Pixy UV Whitening Two Way Cake SPF 15 Refill Yellow Beige
BEST TWO CAKE FOUNDATION EVER
saya mempunyai kulit yang sangat berminyak di bahagian t-zone. dulu, suka pakai produk dari maybelline tapi disebabkan produk tersebut tak sesuai untuk muka saya, wajah saya makin teruk berminyak, akhirnya saya kenal produk pixy powder dari kawan dia dan cuba untuk memakainya, for the first time, i fell in love with this produk, saya memakainya seharian dan muka saya tak berminyak dan walaupun saya berpeluh, makeup saya tidak bercapuk dan di bahagian t-zone masih kekal cantik meletop. walaupun saya lap peluh di muka, makeup saya tak berbelang, dan powder senang meresap dan menjadi sangat natural. sehinga kini saya masih menggunakan powder PIXY, I'm really love this product.
Libresse Night Maxi Wings And Wider Protection Secure
MY BESTFRIEND FOR 11 YEARS AND STILL COUNTING
dari tahun 2008 sehingga sekarang, saya masih menggunakan libresse dan tak pernah nak menukarkannya kepada produk yang lain. saya seorang yang sangat aktif, jadi saya jenis yang selalu bergerak, berlari, melompat walaupun dalam keadaan haid. di saat wanita lain risau akan keadaan diri mereka kerana takut jika bocor, tetapi saya tak perlu risau takut kerana selama 11 tahun libresse tidak pernah mengecewakan saya. saya boleh berjalan, berlari, melompat, tidur dengan selesa tanpa perlu risau ia akan bocor. saya tidak perlu untuk menukar cadar setiap kali datang bulan. walaupun saya lupa untuk bawa pad lebih di awal datang bulan, libresse tetap menjaga saya dan tidak pernah meninggalkan bau darah. saya jatuh cinta dengan libresse disebabkan ia senang untuk dicuci dan sangat selesa untuk memakainya.