Ambi Pur Febreze Blossoms and Breeze 800ml
Febreze fabric refresher
Penyegar fabrik dapat menghilangkan bau-bau busuk yang tidak menyenangkan, ia juga dapat menghapuskan sehingga 99.9% bakteria yang menyebabkan bau. Penyegar fabrik ini sangat sesuai digunakan pada tilam katil, kasut, karpet, langsir, sofa dan ia merupakan produk yang selamat digunakan untuk hampir kesemua fabrik. Bagi saya, saya sangat suka menggunakan febreze kerana ia wangi serta dapat menghapuskan bakteria. Selain itu, ia mudah didapati di pasaran dengan nilai harga yang berpatutan.
F&N 100 Plus
100 plus pilihan yang tepat
Minuman isotonik 100 plus merupakan pilihan saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 100 plus dapat membekalkan tenaga selepas melakukan aktiviti lasak kerana ia dengan mudah dapat menghilangkan dahaga dengan cepat. 100 plus juga dapat menyegarkan apabila diminum ketika sakit terutamanya ketika demam. Saya paling suka 100 plus lemon kerana rasanya yang sedap dan terbaik. Bagi saya 100 plus merupakan pilihan yang tepat untuk semua orang yang sentiasa ingin kekal bertenaga sepanjang hari.
Lifebuoy Total 10 Body Wash
Lifebuoy the best
Sabun lifebuoy sememangnya menjadi pilihan keluarga kami kerana ianya tidak melekit dan ia dapat membasmi kuman sehingga 99.9%. Sabun lifebuoy juga sangat wangi dan ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.
Safi Pore Tightening Facial Cleanser
Safi Selamat dan Suci
Dari sekolah menengah lagi saya suka guna produk safi tetapi selalu bertukar jenisnya. Sekarang saya menggunakan pembersih muka yang diformulasikan dengan gabungan semula jadi seri mentimun dan habbatus sauda kerana ia dapat menghalus dan memberi kesegaran selepas menggunakannya.
Gardenia Original Classic
Gardenia Pilihan no 1
Roti gardenia menjadi pilihan no 1 kami sekeluarga. Mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Ia selalu dijadikan makanan untuk sarapan pagi. Pelbagai jenis makanan boleh dibuat antaranya sandwich, roti telur, puding roti serta enak juga disalut dengan jem atau majerin.
Axion Lime Pandan
Axion super terbaik
Keluarga saya memang penggemar axion, keluarga saya tidak suka membeli pencuci pinggan jenama lain kerana dengan axion bukan sahaja dapat menjimatkan tetapi ia turut memberikan kepuasan ketika membasuh pinggan mangkuk. Axion dapat menghilangkan 100% kesan minyak degil. Keluarga saya juga sering kali menukar jenis axion untuk mendapatkan kelainan dalam produk yang sama. Axion juga mudah didapati di pasaran dengan nilai yang berpatutan.