Nescafe Cans
Energy Booster
Nescafe adalah minuman berperisa kopi yang saya sangat gemari. Lebih-lebih lagi perisa Latte. Jika saya pulang ke kampung, saya pasti beli Nescafe untuk bekalan perjalanan saya. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh minum Nescafe terlalu banyak kerana takut tidak boleh tidur pada waktu malam.
Nestle MILO ACTIV-GO
Terima kasih Milo
Minuman Milo ini sangat digemari oleh keluarga saya. Rasa coklat yang sedap, lebih2 lagi di bulan puasa ini. Milo dapat bekalkan tenaga agar kami kekal cergas sehingga waktu berbuka. Jika kami berjalan jauh atau balik ke kampung, kami pasti singgah di Stesen Petrol untuk membeli Milo. Rutin kami mesti diiringi dengan minuman Milo. Sekian, terima kasih.
COLGATE Maximum Cavity Protection (CDC)
Bau Nafas Segar
Colgate adalah jenama ubat gigi yang digunakan oleh kami sekeluarga. Jenis yang paling saya suka adalah yang berwarna hijau kerana bau dia ada pudina. Selain menguatkan gigi, ia juga membuat nafas saya berbau segar berbanding jenama yang lain. Setakat ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis colgate termasuk Colgate Total, Colgate Whitening dan sebagainya. Saya amat berpuas hati dengan produk ini kerana ia tidak membuat gigi saya menjadi sensitif. Terima kasih.