Safi Bio-Nutrix Shampoo with Kaffir Lime
Murah, wangi
Bagi saya, syampu ni ok, wangi, rambut jadi lembut dan tak berminyak. Tapi, certain problem yang timbul pada saya, rambut saya kian gugur dan kulit kepala jadi gatal-gatal, mungkin formulanya tak sesuai dengan saya.. kena cari produk lain lagi yang perlu dicuba.
PetPet Disposable Baby Diaper
Jimat dan mudah
Bagi ibu-ibu seperti saya yang berpendapatan sederhana, pampers jenama ini sangat sesuai untuk digunakan. Selain daripada harganya yang lebih murah daripada jenama yang lain, saya tengok anak saya selesa dan yang penting, kulit anak saya tidak melecet walaupun dengan penggunaan yang lama.
Ginvera Real Spa Lavender Shower Scrub
This product is awesome
Produk mandian yang terbaik setakat ini. Rasa nak mandi banyak-banyak kali satu hari sebab wangiannya yang tersangat best, rasa segar dan kulit terasa lebih lembut dari biasa. Bagi yang belum cuba, anda mesti cuba. Berbaloi dengan nilai ringgit anda..
Johnson’s® Baby Oil
Kulit kekal segar
Penggunaan secara berterusan menjadikan kulit sentiasa segar dan wangi sentiasa. Diperkenalkan sejak dari kanak-kanak oleh mak, kini saya perkenalkan pada setiap anak-anak saya. Terima kasih mak sebab produk ini banyak berjasa pada kulit kami.
Drypers Baby Talcum
Bau wangi, kekal segar
Ini merupakan kali pertama penggunaan bedak talkum baby drypers. Baby saya sangat selesa, sentiasa segar dan wangi. Pemakaian secara berterusan menjadikan kulit bahagian sensitif baby kekal kering tanpa menimbulkan kerengsaan pada celah-celah lipatan isi. Saya syorkan ibu-ibu lain juga mencuba produk ini.
Safi Balqis White Trilogy Oil & Acne Control Facial Cleanser
Terbaik
Saya pengguna tegar produk safi.. pencuci mukanya ada yang terbaik. Kulit kusam tiada dan kulit jadi lembut sepanjang masa