Abbott PediaSure®
Juga baik sebagai makanan tambahan..
Pertama kali cuba Pediasure masa anak usia 6 bulan. Sebab anak saya selalu ada masalah, susah buang air besar, selalu demam, kurang selera makan. Berat badan pun hampir ke tahap yang tidak memuaskan.. Sejak dari itu, hingga sekarang umur 7 tahun saya masih berikan dia pediasure.. Antibodi badan makin kuat, masalah kesihatan dah tiada.. Walaupun dia kurang makan, tapi saya pasti dia dapat nutrien dari susu ini.. Harga mahal, tetapi sangat berbaloi..
PetPet Disposable Baby Diaper
Berbaloi dengan kualiti.
Since 2010, pet pet memang pilihan saya. Dari baru lahir hingga umur 4 tahun. Sangat berbaloi dengan harga dan kualitinya.. Lampin pet pet tak pernah mengecewakan.. Selama anak saya pakai, tak pernah bocor!
Blue Key Self Raising Flour
Kek dan muffin gebu
Saya oernah cuba tepung naik sendiri jenama lain, dan juga pernah cuba campuran tepung dari beberapa kedai bahan kek. Semua mengecewakan. Tapi dengan tepung ini, kek dan muffin tak pernah tak menjadi. Sentiasa cantik, gebu dan lembut. Tak perlu tambahan bahan penaik kalau menggunakan tepung ini..