Beauty Talk Oxydrinks
Minuman Suplemen Yang Mengekalkan Keremajaan Kulit Luar dan Dalam
Saya first time dengar brand ni..dan first time juga cuba. Setelah amalkan 3 minggu berturut, nampak ada perbezaan sedikit terutama dari segi tekstur kulit wajah yang lebih anjal. Paling best, amalkan setiap pagi dia boleh boost tenaga. Jadikan sebagai minuman ketika bersarapan
Jae Ko Designs Diaper Bag
Kompak and stylo
Saya sangat sukan materialnya yang ringgan dan rekaannya. Agak stylo dengan saiz yang kompak tapi boleh isi pelbagai barangan. Plg best, kita boleh request initial nama 2 huruf yg mana ini memberi personal touch pd beg yg dimiliki. Semua warna yg ditawarkan dlm koleksi ini cantik2 mmg rambang mata nak memilihnya.
Combi Parenting Station
Produk serbaguna, mesra bayi dan setiap rumah perlu memilikinya.
Punyai anak baru berusia 3 bulan, saya sentiasa mencari yang terbaik buat bayi saya. Ini terutama kepada pilihan barangan yang digunakan setiap hari. Ciri-ciri keselamatan, memberi keselesaan dan mesra bayi antara menjadi faktor utama dalam membuat pemilihan barangan. Jadi apabila saya diperkenalkan dengan Combi Parenting Station dan t elah mencubanya sendiri ternyata produk ini memang terbaik buat bayi saya dan sangat-sangat direkomenkan buat ibu bapa di luar sana.
Secara ringkasnya saya dapati:-
1. Combi Parenting Station sangat membantu untuk menidurkan anak saya dengan tenang dan selesa. Pertamanya alas tidur diperbuat dari fabrik yang sangat lembut dan mudah dibersihkan. Keduanya, Combi Parenting Station didatangkan juga bunyian muzik yang sangat "calming" dan paling menarik ianya juga boleh bergerak kedepan dan belakang (seolah membuai anak untuk tidur)
2. Combi Parenting Station mempunyai ciri keselamatan yang sangat menyakinkan. Selain daripada mempunyai lock di tayar, produk ini juga didatangkan dengan sistem dacco. Jadi kita tidak perlu risau kalau bayi kita terjaga dan terguling ke bawah..kerana ianya pasti tidak akan berlaku.
3. Combi Parenting Station bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi sebagai tempat tidurnya, bahkan untuk bayi 6 bulan ke atas yang sudah boleh makan boleh menggunakan Combi Parenting Station sebagai tempat duduk untuk menikmati hidangan mereka. Saya juga suka menggunakan Combi Parenting Station untuk bayi bersantai2 contohnya menonton rancangan animasi muzikal dan lain-lain.
Serious saya sangat syorkan Combi Parenting Station kepada semua ibu-bapa. Memang berbaloi, pilihan terbaik buat anak kita :-)
Biore Shower Cream
Bauan yang relaks
Pertama kali mencubanya saya sudah jatuh cinta. Baunya yang wangi dang menyegarkan serta mampu memberi kelembapan pada kulit. Ianya juga sesuai digunakan untuk semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan. harganya juga agak murah dan berpatutan
Carrie Junior Baby Lotion
best lembut pada kulit bayi
No reviews yet
saya sukakan akan bauan dan kelembutan losyen ini. Yang paling penting bukan sahaja dapat membantu melembutkan kulit bayi bahkan ianya juga bertindak melindungi kulit bayi dari ruam dan kerengsaan. Jika digunakan dengan sekali set mandian ianya lebih memberi kesempurnaan dalam set penjagaan bayi yang seharusnya dimiliki setiap famili
Dettol Instant Hand Sanitizer
Agen Pembasmi Kuman Yang Praktikal
Saya suka produk ini sebab saiznya yang kompak, mudah dibawa ke mana sahaja. Penyelamat keadaan disaat memerlukan, contohnya untuk mencuci tangan. Saya suka baunya yang tidak terlalu kuat dan sederhana sahaja. Harganya juga mampu milik seluruh raktay Malaysia
KOTEX® Overnight Wing
KOTEX® Overnight Wing Menyakinkan
Saya sangat sukakan saiznya yang panjang. Dan ini sangat membantu memberi keselesaan terutama pada mereka yang mengalami kedatangan yang banyak pada 2-3 pertama. Harga KOTEX® Overnight Wing agak berpatutan jadi pastinya ianya menjadi pilihan dan rasional untuk dibuat stok setiap bulan. Cuma yang menjadi masalah KOTEX® Overnight Wing agak sukar diperolehi di kedai-kedai/pasaraya mini berhampiran kediaman.
Banana Boat
Babana Boat Sunscreen Pelindung Matahari Yang Dipercayai.
Benda wajib dibawa ketika bercuti. Selain ianya mudah dan praktikal. Krim Babana Boat Sunscreen sangat membantu menyelamatkan kulit dari terus gelap akibat daripada panahan matahari. Saya juga sukakan baunya agak natural dan tidak memeningkan kepala. Babana Boat Sunscreen pilihan terbaik buat seisi keluarga
Mamy Poko All Round Elastic Diapers
The Best So Far
Saya memang percayakan jenama ini sejak dulu lagi. Dengan penambahan beberapa ciri baru menjadikan saya memang setiapada jenama ini. Apatah lagi untuk kegunaan bayi yang sedang membesar lasak. Memiliki ciri pinggang elastik dan lembut menjadikan bayi lebih selesa sepanjang hari. Harganya juga agak berpatutan dan menjimatkan. memang saya sangat rekomenkan produk ini buat semua ibu-ibu di Malaysia.
Bonjela For Teething and Mouth Ulser
Meditasi yang boleh melegakan
Bagi saya Bonjela For Teething and Mouth Ulser antara ubatan yang wajib ada di setiap rumah. Ini kerana ianya benar-benar bertindak sebagai meditasi yang boleh melegakan kesakitan seperti ulser mulut. Rasanya agak dingin/sejuk mampu mengurangkan kesakitan pesakit. Cuma saya perhatikan ubat Bonjela For Teething and Mouth Ulser sudah semakin terhad di pasaran. Ini mungkin kerana permintaannya agak tinggi.
PediaSure Children Growing Up Milk
Pilihan si picky eaters
Saya diperkenalkan susu ini oleh pakar nutrisi ketika saya mengalami masalah dengan karenah anak nombor 3 saya terlalu cerewet ketika waktu makan. Setelah anak saya mencuba susu ini ternyata ianya memberi perubahan yang positif dan anak saya semakin berselera menikmati makanan. Cuma harga susu ini di pasaran agak mahal dan agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan sederhana.
Gifts from Heaven Gym Mat
Sensory Kegemaran Bayi
Saya memiliki set ini ketika memiliki anak kedua. Dan ianya masih digunapakai hingga anak keempat. Permainan 'sensory'yang sangat membantu perkembangan bayi dalam pembesaran sihat mereka. Cuma bagi saya permainan ini agak fragile dan tidak banyak membantu untuk bayi yang berumur 7 bulan ke atas. Dan saya rasa alasnya juga perlu besar sedikit bagi memudahkan bayi membuat lebih banyak pergerakan.
Mumu Alnico – magnetic wooden blocks
Permainan interaktif yang bagus untuk pemotoran halus
Saya memperkenalkan kepada Yara permainan alnico-24 (magnetic wooden blocks) . Ianya adalah kayu block dalam pelbagai bentuk didatangkan bersama magnet.
Apa yang menarik permainan ini memerlukan untuk Yara berfikir secara kritis bagaimana menghasilkan satu bentuk binaan menerusi imaginasinya.
Selain itu ianya dapat meningkatkan kemahiran motor halus, persepsi taktil (sentuhan) dan koordinasi serta aktiviti kreatif yang berinovasi.
Melalui aktiviti ini juga membolehkan saya meluangkan masa dan mencipta momen bersama Yara. Apa yang pasti Yara cukup teruja dengan permainan alnico-24. Terutamanya apabila beliau dapat membentuk sendiri replika seperti bentuk manusia, keretapi, ais krim dan pelbagai lagi.
Permainan alnico-24 didatangkan juga bersama beg pouch kecil sebagai tempat penyimpanan dan ianya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja.