Combi Parenting Station

Product Details

Combi parenting station has multiple functions that tremendously eases a parent’s daily life with their baby. Beautifully and thougthfully designed as a multi–purpose baby gear for parents, the all-in-one unit acts as:

  • a day bed,
  • a change table,
  • a swinging bed, and
  • a high chair.

This makes it a great money-saving and space saving product.

Combi parenting station is suitable for children from birth to four years old. The specifications of parenting station are as below and varies with different product models:

  • Comfy dacco seat cushions, detachable and washable to ensure easy cleaning
  • Automated and Manual swinging helps to rock the baby into sleep
  • Four swivel automatic rubber wheels with lock provides mobility
  • Patent-pending side opening baby pallet
  • Height adjustable seats; one touch five-point seats belts
  • Three/five adjustable angles; compact size for easy storage
  • Built-in soothing sounds helping the baby enter their sleep easily
  • Cuddling style bed design provide maximum comfortability

Facebook Page

  1. Ayu Rafikah
    13 reviews

    Produk serbaguna, mesra bayi dan setiap rumah perlu memilikinya.

    5 out of 5, reviewed on June 9, 2017

    Punyai anak baru berusia 3 bulan, saya sentiasa mencari yang terbaik buat bayi saya. Ini terutama kepada pilihan barangan yang digunakan setiap hari. Ciri-ciri keselamatan, memberi keselesaan dan mesra bayi antara menjadi faktor utama dalam membuat pemilihan barangan. Jadi apabila saya diperkenalkan dengan Combi Parenting Station dan t elah mencubanya sendiri ternyata produk ini memang terbaik buat bayi saya dan sangat-sangat direkomenkan buat ibu bapa di luar sana.

    Secara ringkasnya saya dapati:-
    1. Combi Parenting Station sangat membantu untuk menidurkan anak saya dengan tenang dan selesa. Pertamanya alas tidur diperbuat dari fabrik yang sangat lembut dan mudah dibersihkan. Keduanya, Combi Parenting Station didatangkan juga bunyian muzik yang sangat “calming” dan paling menarik ianya juga boleh bergerak kedepan dan belakang (seolah membuai anak untuk tidur)

    2. Combi Parenting Station mempunyai ciri keselamatan yang sangat menyakinkan. Selain daripada mempunyai lock di tayar, produk ini juga didatangkan dengan sistem dacco. Jadi kita tidak perlu risau kalau bayi kita terjaga dan terguling ke bawah..kerana ianya pasti tidak akan berlaku.

    3. Combi Parenting Station bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi sebagai tempat tidurnya, bahkan untuk bayi 6 bulan ke atas yang sudah boleh makan boleh menggunakan Combi Parenting Station sebagai tempat duduk untuk menikmati hidangan mereka. Saya juga suka menggunakan Combi Parenting Station untuk bayi bersantai2 contohnya menonton rancangan animasi muzikal dan lain-lain.

    Serious saya sangat syorkan Combi Parenting Station kepada semua ibu-bapa. Memang berbaloi, pilihan terbaik buat anak kita 🙂

    5
    1
  2. syafiera
    78 reviews

    COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING]

    5 out of 5, reviewed on June 1, 2017

    Boleh jadi kerusi makan

    Baru seminggu Adelia mencuba sendiri COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING], ‘parenting station’ so far okay la, dia sudah boleh terima benda baru dalam rumah ni. Kerusi dari COMBI ni mempunyai banyak fungsi dalam satu tau. Hanya 1 kerusi dah boleh jadi macam katil gitu. Kerusi ni sesuai untuk dari NEWBORN sehinggalah 48 Bulan. Depends la macam anak aku yang sulung umur dah nak masuk 5 tahun pun masih naik juga sebab badan dia tak berat sangat pun tu sebab dia pun conquer juga benda ni.

    Boleh jadi tempat tukar diapers atau baring-baring
    Kalau macam Adelia dah lepas mandi, I boleh tukarkan pampers diapers dia atas tu je, bedak dan barangan bayi yang lain letak dalam storage tu untuk mudahkan ibubapa mencapai barangan ketika melakukan proses tukar lampin dan pampers.

    Boleh tidur sambil dibuai lembut
    Kalau macam I busy nak buat kerja ke, and nak bagi dia tidur, I letak dia depan TV and COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING] ni dan tekan butang auto swing dan melody on, so sambil I buat kerja dia tidur so senang lah I. Lagipun produk ni pun agak selesa untuk budak-budak dan ada safeness.

    I suggested dan rekomen lah untuk bakal menjadi ibubapa consider buying this, especially time pantang memang okayla mempunyai benda ni, dari newborn sampai 4 tahun okay lah, at least ibu berpantang dapat rehatkan badan and ada auto swing mode kasi baby korang tidur nyenyak. Lagipun yang jenis macam ni I tengok lebih selamatlah daripada yang jenis buaian dalam net tu.

    COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING]
    ada beberapa Items untuk 1 pakej :

    Dacco Cushion
    Dacco Cushion ni khas untuk new bown, dia dari head pad, back pad dengan seat pad. Dan ada valcro zip lagi untuk lekatkan dia dengan kerusi.

    Ada manual instruction juga dacco cuhion ni

    Storage Box

    Dalam ni korang boleh letak barangan bayi macma bedak ke, cologne ke, and so on

    Table : Meja Makan atau meja untuk bermain

    Power Cord : Untuk pemasangan elektrik khas untuk auto swing dan melodi

    Buku Manual

    Banyak sangat fungsi COMBI High & Low Swing Chair [FEALETTO AUTO SWING] ni, Ianya adjustable, ada roda so korang tak penat nak angkat just tolak je sebab ada tayar kan. Kerusi pun boleh ubah level dari 1 – 4, ada music dan auto swing. Korang kena miliki satu kalau nak tahu macam mana ianya berfungsi.

    Bagi you all nak memiliki COMBI High & Low Swing Chair
    [FEALETTO AUTO SWING],
    Sila layari :Website : http://www.combi.com.hk
    Facebook : https://www.facebook.com/malaysiacombi/

    5
    1

  3. Mimi Kamaruzzaman
    3 reviews

    Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station Memberi Keselesaan Kepada Si Kecil

    5 out of 5, reviewed on May 31, 2017

    Seperti ibu bapa yang lain, Mimi dan suami tak terlepas membuat senarai barangan keperluan untuk anak terutama sekali bila ada baby di rumah. Stroller, baby walker, car seat dan pelbagai lagi barangan keperluan yang wajib ada. Memudahkan juga urusan harian Mimi dan suami bila nak uruskan baby kan. Dan korang wajib senaraikan Fealetto Auto Swing Parenting Station dalam barangan keperluan baby tau.

    Sudah menjadi rezeki baby kami, Adhwa mencuba sendiri keistimewaan Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station. Sekarang Adhwa berusia 10 bulan 22 hari amat sesuai menggunakan Fealetto Auto Swing ini kerana ia sesuai digunakan dari bayi berusia 0 sehingga 48 bulan.

    Apa yang Mimi suka tentang Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini ialah :

    1) bahagian atas iaitu bahagian kepala boleh diubahsuai kepada lima kedudukan yang berbeza mengikut keselesaan si kecil. Dari kedudukan baring sehinggalah duduk menegak. Cuma tekan butang berwarna kelabu di bahagian belakang dan tolak perlahan ke atas mengikut kedudukan yang dinginkan. Kemudian, boleh butang dibelakang selepas selaraskan kedudukan yang diinginkan. Selalunya, Mimi akan ubah kedudukan Fealetto sedikit menegak untuk mudahkan Adhwa untuk menonton televisyen atau makan. Fealetto ni juga boleh diselaraskan ketinggiannya hanya menekan butang di bahagian sisi kiri dan kanan.

    2) didatangkan bersama dengan meja dan kotak yang boleh diubah. Korang boleh rujuk gambar untuk nampak lebih jelas. Meja ini boleh dipasang jika kedudukan Fealetto dalam keadaan duduk. Sesuai untuk anak yang dah pandai duduk. Time makan boleh pasangkan meja ni untuk memudahkan anak makan. Manakala kotak yang terdapat di sebelah tepi kiri ini mudah dipasang da ditanggalkan. Kotak ni boleh simpan pelbagai keperluan anak seperti lampin pakai buang, bedak, minyak bayi dan pelbagai lagi. Cara nak buka kotak ini un mudah, cuma tekan saja butang yang terdapat pada baagian penutup kotak. Jika tidak mahu menggunakan kotak ni, cuma tanggalkan saja dari besi penyangkuk.

    3) bila Fealetto ini diubahsuai dalam keadaan baring ataupun senang cakap dalam kedudukan seperti katil untuk tidurkan baby, butang Auto Swing dan Muzik ada di sebelah kanan. Boleh adjust ikut kesesuaian yang dikehendaki. Sebelum menggunakan butang Auto Swing dan Muzik, kena pasangkan wayar yang dibekalkan sekali pada plug. Kalau tak pasang, tak berfungsi ya. Muzik pun korang boleh adjust dari tone rendah (1) sehingga kuat(4). Kedua dua swing dan muzik ini hanya bertahan selama 15 minit sahaja dan akan berhenti secara serentak selepas 15 minit. Kalau tak nak gunakan muzik pun boleh, cuma gunakan saja Auto Swing. Apa yang best, kalau tak nak guna Auto Swing, boleh juga gunakan Manual Swing. Caranya tak perlu pasang wayar pada plug dan korang unlock butang di kiri kanan Fealetto ni. So, boleh dah gerakkan untuk manual swing.

    4) roda pusing yang terdapat pada Fealetto Auto Swing ini boleh juga diubah agar tidak bergerak. Cuma tekan ke bawah dan dalam masa yang sama tolak sedikit roda ke belakang, roda pusing tersebut akan statik pada kedudukan dan tidak bergerak. Dwi fungsi roda ini memudahkan untuk bergerak atau statik pada keadaan tidak bergerak.

    Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini didatangkan dengan tona warna krim yang nampak sangat eksklusif dan jahitannya juga kemas. Untuk baby berusia dari 0 – 4 bulan, ada bantal dan pelapik mesra bayi yang disediakan. Mimi tak gunakan pun memandangkan Adhwa pun dah besar dan boleh duduk senidiri, so bantal dan pelapik Mimi simpan. Combi Fealetto ini juga sangat membantu Mimi untuk memantau pergerakan Adhwa. Adhwa sekarang suka mengutip sesuatu di lantai dan masuk ke dalam mulut. So, bila letakkan dia dalam Fealetto ni, nak buat keja pun senang. Duduk saja diam diam dekat situ sambil perhatikan Mimi buat kerja.

    Ternyata Combi Fealetto Auto Swing Parenting Station ini banyak kegunaan dan fungsinya. Sangat membantu kita sebagai ibu bapa untuk memberi keselesaan berganda kepada anak sewaktu mereka sedang tidur, berehat sambil menonton televisyen ataupun duduk menikmati makanan yang sedap.

    5
    1
Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan