Drypers Drypantz
Mudah dipakai dan harga berbaloi
Saya mula menggunakan drypers drypantz sejak anak pertama lagi. Kedua-dua anak saya menggunakan drypers drypantz kerana mudah untuk dipakaikan dan mempunyai pita pelekat. Pita pelekat ini membantu kurangkan bau yang tersebar. Drypers drypantz kering sehingga 10 jam. Bayi dan kanak-kanak yang menggunakannya sentiasa selesa kerana permukaan yang kering. Harganya juga berbaloi setanding kualiti.
Aiken Medicated Talcum
Bedak Aiken berubat bantu hilangkan bau badan dan kulit yang sensitif
Saya mula menggunakan bedak Aiken sejak kulit terkena ruam di bahagian leher. Apabila cuaca agak panas dan saya banyak berpeluh, leher saya akan rasa pedih dan gatal-gatal. Bedak ini membantu saya mengatasi masalah yang saya hadapi. Di samping itu, bedak ini juga membantu menghilangkan bau badan saya. Jika dahulu saya kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain kerana bau badan yang mengganggu, kini tidak lagi. Bedak Aiken berubat ini telah bamyak membantu saya. Saya amat menggalakkan orang ramai untuk gunakan bedak ini kerana sesuai untuk semua lapisan umur.
Julie’s Love Letter Chocolate Cream
Kudapan yang sedap
Julies Love Letter ini adalah salah satu kudapan yang sedap dan ringan. Biskut yang rangup dan mempunyai inti coklat di dalamnya. Sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Biskut ini sentiasa ada di rumah saya kerana semua ahli keluarga juga menggemarinya.. Harga biskut berpatutan dan semua orang mampu untuk membelinya..
Happy Call Hermal Cycling Double Sided Jumbo Grill Pan 32cm + Manufacturer Direct Supply
HappyCall mudahkan kerja dan pelbagai kegunaan
Kuali happycall banyak membantu kerja saya ketika di dapur. Kuali ini bukan sahaja boleh guna untuk memanggang malah boleh digunakan untuk membakar kek. Anak saya suka makan kek. Disebabkan rumah saya tidak mempunyai ketuhar, saya sering membakar kek menggunakan happycall. Kek yang dihasilkan amat memuaskan hati dan sedap.