Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Dari dulu sampai sekarang
Jenama yang tidak asing lagi bagi keluarga saya. Memang sentiasa menggunakan Ayam Brand Sardin ni sebab ikannya yang lembut. Sosnya pon lazat..even malas-malas masak, tak guna bahan masakan lain pun takpe. Selain itu, dengan isi ikannya yang lembut sangat lazat dijadikan inti sandwich. Rasanya sangat sedap. Saya adalah pengguna tegar Sardin Ayam Brand. Yehaaa!
Ajax Lavender Fresh Antibacterial
Harum & yakin bersih berpanjangan
Lantai rumah berbau harum & bersih. Saya amat yakin menggunakan Ajax Fabuloso sebab ia dapat menanggalkan kotoran dilantai dengan mudah. Tambahan lagi, hanya menggunakan sedikit sahaja sudah memadai untuk satu rumah kerana ianya sangat pekat. Ia juga tahan lama dan boleh juga digunakan dibahagian dapur yang lain seperti sinki, dapur dan tandas.
Gardenia Original Classic
Roti enak & lembut tiada tandingan!
Keluarga saya telah sekian lama sarapan dengan Roti Gardenia ini. Diatas meja seharusnya perlu ada roti Gardenia setiap masa. Kami bukan sahaja menjamahnya ketila sarapan tetapi bila-bila masa sahaja kami rasa lapar & roti Gardenia dapat membantu menghilangkan rasa lapar sementara. Ia sesuai pada bila-bila masa & keadaan. Pergi berkelah,mendaki gunung, memgembara & ketika berada didalam kereta ketika perjalanan yang amat jauh & meletihkan. Amat menyukai rasa & teksturnya yang lembut dan yang gebu. Always Gardenia!
Sudocrem
Sangat berkesan & dipercayai!
Anak saya sering mengalami ruam lampin..kulit menjadi merah & gatal-gatal. Anak saya sering mengalami ketidakselesaan pada keadaan kulitnya. Selepas menggunakan SUDOCREAM ni ruam terus hilang dalam masa satu hari. Ia amat menakjubkan. Anak tidak lagi mengalami ruam kulit & kesan merah telah hilang. Saya masih menggunakannya sehingga sekarang.
Kara Natural Coconut Extract
Rasa santan sebenar!!
Pengalaman pertama saya menggunakan KARA Natural Coconut Extract amat mengagumkan! Saya terkejut dengan tektur santan yang amat pekat & likat. Apabila saya rasa masakan saya rasanya seperti menggunakan santan sebenar. Masakan menjadi lemak & harum. Memang sama. Semenjak itu saya tidak perlu susah payah mencari santan sebenar di pasar raya. Ianya sudah lengkap hanya di dalam kotak. Stay with KARA until now.
Dettol Instant Hand Sanitizer
Most Recommended!!
Most Recommended!! Sesiapa yang ada anak kecil pasti faham. Lebih-lebih lagi seorang ibu. Dengan adanya Dettol hand sanitizer ni memudahkan tanggungjawab seorang ibu. Ianya mudah dibawa kemana-mana. Saiz kecil muat dalam beg kecil dan dalam poket. Berbau harum dan segar. Lembut pada tangan dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan orang tua. Tidak mempunyai bau yang kuat. Saya sangat menyukai Dettol hand sanitizer ni. Dettol jenama yang dipercayai sekian lama. Keberkesanan dan kebersihan terjamin. Saya dan keluarga yakin dengan Dettol!
Dove Intense Repair Conditioner
Bersih,harum & lembut!!
Saya dah bertahun gunakan dove dan tidak akan berubah pada syampu lain. Bau syampu dove ni,saya xpernah muak..rambut bau harum dan wangi sepanjang hari. Suami pon suka bau rambut. Rambut rasa bersih dan segar sepanjang masa walaupun disaat buat aktiviti lasak. Rambut terasa lembut setiap kali dicuci dan masalah kegatalan kulit kepala yg saya alami sebelum menggunakan dove akhirnya hilang. Saya memang puas hati dan akan selamanya kekal dengan Dove.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Most Recommended
Diaper terbaik berbanding mana-mana diaper. Anak selesa dan tak pernah mengalami masalah pada ruam kulit. Kulit anak selesa,kering dan lembut. Harga berbaloi dan berpatutan. Produk yang amat berkualiti dengan harga mampu milik. Saya sebagai ibu amat mementingkan keselesaan anak saya. Semoga ibu-ibu diluar sana bijak membuat keputusan.
Sunlight Lime Diswash Liquid
Pinggan bersih tanpa perlu disental!
Saya amat berpuas hati dengan pencuci pinggan mangkuk Sunlight ini kerana cecairnya yang pekat, hanya sedikit sahaja dapat mencuci pinggan mangkuk yang banyak. Selain itu, kotoran mudah tertanggal dan tidak lembut ditangan walaupun berendam lama. Satu botol boleh tahan lama sehingga 4bulan bagi keluarga saya. Ianya harum & pinggan mangkuk diyakini saya bersih sekali.