Blue Key Self Raising Flour
Tepung pilihan saya dan keluarga
Sebelum ni kalau nak buat kek, kuih muih atau apa saja hidangan memang guna tepung gandum biasa ditambah dgn baking powder. Kemudian ayak berulang kali. Rumit dan hasilnya tak memuaskan. Sejak kawan perkenalkan tepung naik sendiri ni pada saya, kek saya jadi lebih gebu. Penkek saya juga lebih lembut dan enak dimakan. Tak perlu bersusah payah lagi didapur. Tambahan pula keluarga saya memang suka hidangan berasaskan tepung ni. Jadi tak rugi untuk cuba. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Pensonic Iron PI-500
Seterika pilihanku ?
Berat tapi tetap jadi pilihan saya sebab kerja menggosok jadi lebih mudah dengan seterika ni. Tak perlu menggosok di bahagian yang sama berulang kali. Tambah tambah kalau kena gosok baju uniform polis husband. Jimat masa walaupun kena guna sikit tenaga nak angkat seterika ni hehe
Dutch Lady Pasteurised Milk
Susu Dutch Lady kegemaran saya ?
Memang dah jadi kebiasaan dalam peti ais wajib ada susu ni. Yang paling saya suka sudah semestinya susu low fat high calcium milk. Bukan sahaja rendah lemak, rasanya pun memang lazat. Bukan sahaja boleh diminum begitu sahaja, nak guna dalam hidangan lain yang memerlukan susu segar pun boleh. Tambahan lagi, susu ni tak membuatkan saya dan keluarga sakit perut tiap kali minum. Rasa yang hebat dan lazat untuk seisi keluarga.