Adabi Soup Powder

3.4

(10 Reviews)

5 stars 1
4 stars 4
3 stars 3
2 stars 2
1 stars 0

Sup berempah

4.0
Saya sebenarnya bukan lah penggemar sup yg berempah. Ikut kan aje permintaan org sekeliling. Saya lg suka sup tanpa rempah. Kalau masak sup berempah ni saya tumis bawang, bawang putih dan halia bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih kemudian kecilkan api dan masukkan 2 sudu makan rempah sup ni dan tambah sedikit air. Tumis sampai garing dan tambahkan air secukupnya. Walaupun tambah hanya 2 sudu makan rempah supnya kuah sup tetap pekat. Resepi tu utk setengah ekor ayam.

Rempah sup

3.0
Saya tak berapa gemar guna rempah sup dalam sup kerana rasanya agak pekat. Tapi saya gunakan dalam masakan lain yang lebih sesuai

Rempah sup soto iolss

4.0
Selalu masak sup saya tak letak perencah sup pun. Tapi bila try guna perencah sup adabi ia lebih berasa terutama bila masak soto. Kuah sup soto tu nampak lebih cantik dan sangat beraroma. Sebenarnya bukan guna banyak pun rempah sup tu. Sikit je pun dah memadai. So, lepasni memang akan terus guna la rempah atau perencah sup adabi ni. Boleh tahan lama jika simpan dalam peti ais.

Sedap dijadikan Kuah SOTO!

3.0
Saya tidak berapa menggemari rasa dr Rempah Sup Adabi ni.. Rasanya agak sedikit berlebihan jika ianya dijadikan hidangan untuk anak saya.

Tetapi, saya menggemari rempah sup ini jika ianya dijadikan Rempah Soto.. digabungkan dgn sedikit Rempah Kurma Adabi.. rase rempahnya melengkapkan kuah SOTO saya..

Ianya menjimatnkan masa saya!

Pilihan mertua saya

4.0
Mertua saya gemarkan serbuk sup jenama adabi untuk memasak sup,tetapi ditambahkan dengan rempah kurma adabi membuatkan sup mertua saya buat menjadi lebih sedap,biasa saya masak sup dengan menggunakan sup bunjut,tetapi dengan kelainan yg mertua saya ajar dengan menggunakan rempah sup adabi,saya kini sentiasa ada bekalannya dirumah,bagi saya sedap dan ok

Kurang sedap

2.0
Saya kurang gemar gunakan perencah sup ini kerana tidak menjadikan rasa sup yang asli dan sangat tidak menepati citarasa saya.

Rempah sup adabi

2.0
Saya selalu menggunakan bunjut sup untuk memasak sup ayam atau daging.Tetapi kali ini saya cuba menggunakan rempah sup.Namun pada saya,saya lebih menyukai sup bunjut berbanding rempah sup kerana baunya lebih kuat.Anak anak jufa tidak menyukainya.Lebih kurang sama macam sup di kedai mamak

Rasa kuah sup jadi kurang menarik

3.0
Saya kurang sukakan serbuk perencah sup adabi ni..saya hanya pernah membelinya sekali..rasanya agak kuat dengan bau rempah ratus yg mnjadikan kuah sup saya kurang sedap..warna perencah sup ni juga menjadikan kuah sup saya agak gelap dan kurang menarik.

Rasa digemari ramai.

5.0
Perencah sup Adabi ini sangat cukup bahan-bahannya, tekstur warna cantik, rempah dirasai, aroma yang membangkitkan selera juga berbaloi antara kuantiti dengan harga. Saya menyukainya. ?

kurang sedap

4.0
saya pernah menggunakan adabi sup powder ini. Bagi saya ia kurang sedap. bau rempahnya agak kuat sehingga anak2 saya tidak mahu makan. warna sup nya juga menjadi tidak menarik..berhabuk dan gelap. saya menggunakan 1 paket untuk 1 hidangan keluarga. jika ia kurang berpati mungkin serbuk sup adabi ini akan lebik menarik. lebih cantik dan sedap sup jika di buat dalam kuantiti yang banyak.

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review